Showing posts with label Minuman. Show all posts
Showing posts with label Minuman. Show all posts

Saturday, November 14, 2026

XP Energy Sparkling Drink: Yolo Yuzu & Loco Lychee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dua perisa, dengan dua vibe yang berbeza! 😂

🍋 Yolo Yuzu
Untuk geng yang suka rasa citrus, masam-masam segar dengan sensasi sparkling, air ini memang ngam.. Jenis rasa yang bila kita minum tu mampu buat tekak rasa segar!

🍈 Loco Lychee
Team laici pula boleh cuba air yang ini.. Rasa buah yang manis dan harum, ditambah dengan buih-buih sparkling yang buat minuman terasa lebih menyeronokkan..

Kesimpulannya Yuzu untuk vibe masam segar, laici untuk vibe manis buah.. Memang syok bila minum sejuk-sejuk.. 

Peringatan mesra, XP ialah minuman tenaga yang mengandungi kafein, jadi jangan anggap ia sekadar air berkarbonat biasa ya..⚡

XP Energy Sparkling Drink: Yolo Yuzu (355ml) - RM2.00
XP Energy Sparkling Drink: Loco Lychee (355ml) - RM2.00

Friday, November 13, 2026

Vida Zero Madu & Kurma

Assalamualaikum..
Hye semua..

Madu dengan kurma dalam air sparkling? Kombinasi yang agak unik juga ni! 🤭 Jadinya jomlah beli 1 tin buat rasa-rasa.. 

Ingatkan rasanya macam air madu kurma biasa, rupanya jadi lain bila ditambah karbonat.. Ada rasa buah kurma dan sentuhan madu, dengan sensasi sparkling yang buat minuman ni terasa lebih segar..

Menariknya, ini versi Zero Sugar dan Zero Calories.. Tapi tu lah, masih ada rasa manis tu..

Kesimpulannya ini minuman madu dan kurma dalam versi moden! 😂 Rasa yang agak lain daripada air sparkling biasa.. Bolehlah cuba kalau suka bereksperimen dengan perisa minuman yang pelik-pelik tapi menarik.. 🍯🥤

Vida Zero Madu & Kurma (325ml) - RM2.50

Thursday, November 12, 2026

SGT Food White Coffee 3in1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kopi ini ada pengunjung Perpustakaan yang beri untuk diletakkan di Coffee Corner @ Perpustakaan.. Kami berbesar hatilah menerimanya.. Sempatlah Sha bancuh secawan.. Pekat dan padu rasa kopinya.. Memang segarlah mata lepas minum.. kikiki.. Sha pertama kali sebenarnya tengok kopi ini.. Bila cari di Shopee, adalah jual.. Boleh tahan juga harganya..

SGT Food White Coffee 3in1 (480g - 12x40g)

Wednesday, November 11, 2026

Tealive Sparkling Crafted Tea: Passion Fruit Pineapple Oolong Tea

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Sha cuba kombinasi markisa dengan nanas pula.. Masam manis buah-buahan dengan aroma oolong tea, memang minuman yang sangat menyegarkan! 🤭 Gandingan yang mantaplah untuk lidah Sha..

Gabungan dua rasa buah tu berjaya bagi sedikit rasa masam-masam manis, sementara oolong pula mengimbangkan rasa supaya tak terasa macam minum jus buah semata-mata.. Bila tambah rasa sparkling tu dia jadi air yang sangat wow..

Kesimpulannya air ini sangat menyegarkan dan sesuai untuk peminat teh berperisa buah.. Minum sejuk-sejuk memang lagi layanlah.. Cumanya kalau tanya nak beli lagi ke, kena tengok mood dan baki duit dalam dompet dulu.. HAHAHA! 😂🍍🥤 Mahal wei.. Tambah jual dekat 7E..

Tealive Sparkling Crafted Tea: Passion Fruit Pineapple Oolong Tea (250ml)

Tuesday, November 10, 2026

FamilyMart: Iced Mocha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Baru-baru ini Sha beli Iced Mocha dari FamilyMart.. FamilyMart pun ada tawarkan pilihan kopi iaitu Sumiyaki Blend (ini bold & strong) dan Kinu Blend (ini smooth & balanced).. Sha pilih kopi dia Kinu Blend.. Jadinya air mocha Sha tak adalah terlalu kuat.. Sha minum dah petang, tak naklah pilih yang bold, karang tak tido pula Sha.. Kalau beli waktu pagi, mungkin Sha akan pilih Sumiyaki Blend..

Mocha dia tak manis.. Ini memang kesukaan Sha lah.. Rada dia lembut ja.. Gabungan kopi dan coklat tu seimbang.. Nanti ada rezeki, Sha nak beli yang panas pula..

Iced Mocha - RM10.20

Limited Time katanya.. Jadinya kita belilah buat rasa-rasa..

Friday, November 6, 2026

Nescafe KitKat Latte

Assalamualaikum..
Hye semua..

Air ini Limited Edition katanya.. Ini yang paling murah Sha jumpa dekat Shopee.. Sha beli satu ja sebab nak rasa.. Ada halal Indonesia.. Kebanyakkannya jual dekat RM 10 lebih juga.. Ini ja yang Sha jumpa RM6 lebih.. Ini pun mahal sebenarnya.. Tapi nak rasa dan berkenan tengok tin tu, belilah juga 1..

Air dia tak manis.. Latte kan.. Ada rasa coklat kitkat tu.. Gabungan rasa yang digandingkan dengan cantik dan sedaplah pada lidah Sha.. Sha sejukkan dulu sebelum minum.. Kalau harga dia murah, memang Sha akan beli lagi.. kikiki.. 1 tin ini pun dah RM6 lbih, memang kena fikir banyak kali lah kalau nak beli lagi.. kikiki..

Okaylah pembungkusan dia.. Kemas.. Tin air tu langsung tak kemek.. 

Nescafe KitKat Latte (220ml) - RM6.40

Thursday, November 5, 2026

Edisi Khas: Teh Krisantimum Dengan Bunga Raya & Pudina

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli sebab kotak dia cantik.. Alhamdulillah.. Rasa dia pun tak adalah pelik.. Sedap ja gabungan teh bunga, pudina dan bunga raya tu.. Memang rasalah dekat lidah ketiga-tiga rasa tu.. Rasa pudina tu manja ja.. Jadinya tak adalah mengganggu sangat.. Memang sedap diminum sejuk.. Lepas tu air ini tak manis tau.. Sesuai seperti yang ditulis pada kotak tu, kurang gula..

Edisi Khas: Rasa Malaysia Teh Krisantimum Dengan Bunga Raya & Pudina (Kurang Gula)

Yeo's Chrysanthemum Hibiscus Mint (6x250ml) - RM6.49

Wednesday, November 4, 2026

SIN SING Coffee Mix, Cappuccino & Kopi O

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada kongsikan tentang produk kopi jenama SIN SING kan.. Kali ini Sha kongsikan ulasan ringkas mengikut tekak dan lidah Sha.. Sha buat review terus untuk 3 produk.. Sekali jalan ja.. kikiki.. 

SIN SING Coffee Mix ini rasa kopi dia sedikit manis.. Kopinya tak terlalu kuat.. Sesuailah untuk mereka yang tak suka kopi yang keras.. Lembut ja rasa kopinya, digandingkan pula dengan krimer dan gula memang ngam lah untuk yang suka kopi tak keras..

SIN SING Cappuccino ini rasa kopi dia tak terlalu kuat.. Rasa dia lembut dan lebih berkrim dan tak manis memang ngamlah untuk yang suka kopi tapi tak nak terlalu kuat.. Pada Sha sedap betul rasa dia.. Memang boleh beli lagilah.. 

SIN SING Kopi O - Pergh!! Padu betul rasa kopi dia.. Ini kopi o yang dah ada sekali gula.. Kalau nak kurangkan manis, boleh lebihkan air macam Sha buat ini.. Walaupun lebihkan air, tapi rasa kopi tu tetap padu ya.. Memang segarlah lepas minum ini.. Sedap..

SIN SING Coffee Mix 3in1 Instant Coffee Original (25's x 18g) - RM11.90
SIN SING White Coffee Cappuccino 3in1 (12's x 25g) - RM11.90
SIN SING Kopi O 2in1 Coffee Mixture Bags (10's x 17g) - RM6.90

Tuesday, November 3, 2026

Fuze Tea Jasmin Madu Tanpa Gula

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli air ini dekat 7E Cafe masa promosi Crazy Wednesday.. Harga asal dia RM2.80, tapi masa promosi jadi RM1 ja.. Berbaloilah kan..

Walaupun air ini ada label sifar gula (zero sugar), bukanlah bermakna ianya tawar.. Ada ja rasa manis tapi lembut jalah dan manis tu tak melekat atau membuatkan tekak rasa perit seperti air manis biasa.. Elemen teh hijaunya tidak kelat, sebaliknya diimbangi dengan aroma bunga jasmin yang sangat wangi.. Peminat teh bunga pasti akan menyukainya kerana bau bunganya memberikan sensasi yang menenangkan.. Memang menyegarkan bila diminum sejuk..

Fuze Tea Jasmin Madu Tanpa Gula (370ml) - RM1

Monday, November 2, 2026

UCC Blended Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa kopi dalam tin dari Jepun ini dekat 7E.. Tengah promosikan, jomlah kita beli setin..  Maklumlah, kopi punya pasal. 😂

Rasa kopi tanpa susu yang sangat mantap, dengan sedikit pahit yang buat rasanya tak terlalu manis.. Bagi Sha, ini jenis kopi yang sesuai diminum sejuk-sejuk bila nak layan mood santai..

Tak perlu bancuh, tak perlu tunggu.. Buka tin, teguk dan teruskan hidup..🤣☕

Kesimpulannya walaupun kopi ini simple, tapi rasa kopi dia masih padu.. Sesuai untuk geng yang nak minum kopi tanpa perlu beria-ia buat kopi sendiri! ☕✨

UCC Blended Coffee (185g) - RM1.50

Saturday, October 31, 2026

Oatside Oat Caffè Latte Espresso Roast

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila nak minum kopi, tapi nak rasa lemak-lemak oat sekali, bolehlah cuba Oatside Oat Caffè Latte Espresso Roast ini.. 🤭☕

Kopi espresso dengan oat milk memang kombinasi yang sangat menarik.. Rasa kopi dia lebih menyerlah dan padu, sementara oat pula bagi tekstur yang berkrim dan lembut.. Sesuai untuk mereka yang suka kopi dengan rasa sedikit berbeza daripada latte biasa..

Oatside Oat Caffè Latte Espresso Roast (240ml) - RM2.25

Friday, October 30, 2026

Nestlé Limited Edition Nescafé Cendol Flavour

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kopi rasa cendol? Nescafé ni betul-betul nak menguji rasa ingin tahu orang Malaysia.. 😂 Sha pula memang tak boleh tengok gabungan yang unik ini, mesti nak beli dan cuba.. Belinya dah lama, baru nak minum dan buat entry.. Sha pun tak ingat Sha beli dekat mana, antara 7E ataupun Kedai Mesra Petronas..

Ingatkan sekali teguk terus rasa macam minum cendol, rupanya rasa kopi tu masih mendominasi.. Ada sedikit sentuhan rasa cendol dengan bayangan manis gula Melaka, tapi jangan letak expectation terlalu tinggi kalau mengharapkan rasa cendol yang pekat berlemak macam beli dekat gerai tau.. 🤭 Kali ini Sha suka sebab rasa kopi tu masih juara dan rasa cendol tu manja-manja ja..

😂 Kalau ternampak dekat kedai, bolehlah cuba sekali untuk menjawab persoalan sendiri.. Sekurang-kurangnya kita dah tahu macam mana rasanya bila kopi cuba jadi cendol! ☕🥥 kikiki..

Nestlé Limited Edition Nescafe Cendol Flavour (240 ml) - RM3.80

Wednesday, October 28, 2026

7E Slurpee Lychee Lemonade

Assalamualaikum..
Hye semua..

Slurpee perisa baru dari 7E.. Rasa dia sedap betul.. Gandingan laici dan lemonade tu memang ngamlah.. Menyegarkan tekak.. Rasa masam dari lemonade tu menyegarkan tekak digandingkan pula dengan manis dari laici, memang ngam gitu bila minum.. Cuma tu lah.. Kejap ada, kejap lagi tak ada.. kikiki.. Sabar jelah dengan mesin slurpee ini.. Warna dia sebenarnya terang dan cantik tau tapi bila ambil gambar jadi pucat pula..

Pucat pula warnanya.. kikiki..

Aneka 3in1 Jenama Sin Sing, Meet U & Tupai Special

Assalamualaikum..
Hye semua..

Perpustakaan Sha kan ada Coffee Corner.. Selalu tu Sha tambah sikit-sikit ja beli dari kedai ECO.. Hari gaji hari tu, Sha beli terus dekat Shopee.. Kali ini Sha beli produk dari Negeri Melaka yang dah bertapak sejak tahun 1959 lagi.. Bila beli banyak macam ni, perkara paling utama yang Sha tengok adalah tarikh luput.. Mujurlah tarikh luput minuman ini semuanya tahun 2028.. Ada 2 minuman ja yang tarikh luputnya tahun 2027 tapi pertengahan bukan awal tahun..

Kelebihan produk ini:-
• Warisan Lebih 60 Tahun: Mereka mengekalkan resipi tradisi pemanggangan biji kopi asli menggunakan arang untuk aroma kampung yang pekat.
• Logo Halal & MeSTI: Selain logo Buatan Malaysia, kilang mereka juga diiktiraf halal oleh JAKIM serta mendapat kelulusan keselamatan makanan (MeSTI) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
• Pelbagai Variasi: Selain kopi hitam tradisional (Kopi O), mereka juga mempunyai rangkaian kopi moden seperti kopi 3-dalam-1..

Sekotak terus Sha beli..
Ada pek besar dan ada pek trial..

(Trial Pack) MEET U UChoc Chocolate Malt Drink Original (6'sX36g) - RM7.90 (Exp:30.04.2028)
(Trial Pack) MEET U UChoc Chocolate Malt Drink 3in1 (6'sX33g) - RM7.90 (Exp:30.04.2028)

Tupai Special Mini White Milk Tea 3in1 (76g) - RM2.99 (Exp:31.01.2028)
Tupai Special Mini Black White 4in1 (76g) - RM2.99 (Exp:31.03.2028)
Tupai Special Mini White Coffee 3in1 (76g) - RM2.99 (Exp:31.07.2027)
Tupai Special Mini Classic Coffee 3in1 (76g) - RM2.99 (Exp:31.12.2027)

SIN SING Coffee Mix 3 in 1 Instant Coffee Original (25's x 18g) - RM11.90 (Exp:31.10.2028)
SIN SING White Coffee Cappuccino 3 in 1 (12's x 25g) - RM11.90 (Exp:30.09.2028)
SIN SING Kopi O 2 in 1 Coffee Mixture Bags (10's x 17g) - RM6.90 (Epx:30.06.2028)

Dapatlah percuma dua sachet Mini White Milk Tea & Mini Black White Coffee

Tuesday, October 27, 2026

📷 Coretan Sehari | 27 Oktober 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bulan ini Sha bertugas untuk ambil suratkhabar dekat kedai dalam Pekan Slim.. Pagi tadi lepas ambil suratkhabar, memang melilau mata Sha cari lori Gardenia sebab nak beli roti kesukaan Sha ini.. Lorinya ada depan 7E, orangnya tak ada.. Tunggulah Sha, rupanya orang tu kat dalam 7E tengah kira stok.. Bila dia keluar terus Sha tanya roti ini.. Alhamdulillah dapat juga beli.. Ini bekal dekat pejabat kalau Sha tak bawa nasi.. Lepas dapat roti, sempatlah menyinggah 7E.. kikiki..

Sha suka roti ini sebab ada bau dan rasa susu.. Boleh makan macam tu ja, cicah kopi atau bubuh inti..

Oatside ini 2 botol RM4.50..

Lepas tu staf 7E tu tanya, akak dah tebus ke keropok asam pedas tu.. Kalau belum dekat rak ada keropok tu.. Makanya jomlah kita ambil dan tebus.. Sempatlah Sha tebus Slurpee Plushie Keychain ini.. Lama dulu, dah pernah tebus tapi warna biru.. Kali ini kita ambil warna pink pula, yang ini Pinky Frost.. Awal bulan hari tu promosi ini macam muncul balik tapi Sha tak kejar pun.. Tau-tau voucher dia muncul dekat bahagian My Rewards.. Makanya jomlah tebuskan.. 

Tebus terus dua-dua voucher ini.. Sekarang ini 7E macam rajin bagi voucher produk free.. Kena rajin tengok ja dekat bahagian E-Vouchers..

Sunday, October 25, 2026

Zus Ngupi 3in1: Kopi Onde Onde

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kopi dengan rasa kuih onde-onde? 🤔 Eh, macam unik juga kombinasi ni! 😂 Jadinya jomlah beli sebungkus buat rasa-rasa.. Beli dengan penuh keyakinan ini.. kikikiki..

Okaylah kopi dia.. Ada rasa kopi, lemak kelapa dan sentuhan manis gula Melaka yang mengingatkan kita pada kuih tradisional kegemaran ramai.. Memang lain daripada kopi 3in1 yang biasa..

Bagi yang suka kopi berperisa dan nak cuba sesuatu yang sedikit berbeza, bolehlah masukkan dalam senarai.. Cuma kalau jenis suka kopi kaw-kaw tanpa rasa manis, mungkin kena fikir dua kali. 🤭 Kopinya masih ngam cuma tak terlalu padu..

Zus Ngupi 3in1: Kopi Onde Onde (13 stik X 24g) - RM14.50

Mantap betul bila minum panas-panas.. Sejuk pun sedap juga..

Saturday, October 24, 2026

The Tapping Tapir: Oren & Melur Lite

Assalamualaikum..
Hye semua..

Minuman ini berkarbonat.. Sha sejukkan dulu baru minum.. Rasa oren tu lebih dominan manakala rasa melur tu adalah tapi manja sangat pada lidah Sha.. Gabungan yang menarik dan sedaplah sebab Sha memang suka apa saja yang ada oren.. kikiki.. Cuma harga dan saiz tu agak tak berapa berbaloilah kalau nak beli selalu.. Sesekali, okaylah..

The Tapping Tapir: Oren & Melur Lite (250ml) - RM5.50

Tuesday, October 20, 2026

Sprite Chill: Lemon-Limau Nipis & Pudina

Assalamualaikum..
Hye semua..

Unik betul rasa dia tapi sedap.. Gabungan lemon-limau nipis dan pudina tu memang ngamlah.. Minum pula sejuk-sejuk, pergh!! Lega ja bila dia lalu tekak.. Tapinya kena ingatlah, air ini manis.. Sesekali tu okaylah.. Jangan pula minum selalu.. Sha beli ini di 7E Cafe..

Sprite Chill: Lemon-Limau Nipis & Pudina (500ml)

Monday, October 19, 2026

Lipton Soda Berry Blast Tea Flavour

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini air teh berperisa buah beri dan ada rasa karbonat.. Gabungan yang sangat menarik.. Sedap diminum sejuk.. Rasa dia tak adalah pelik mana pun.. Cuma manislah.. Sha minum dengan tambah ais.. Masa beli ini ada botol besar ja.. Tak jumpa pula botol kecil.. Mujurlah airnya sedap.. Kalau tak memang jenuhlah nak habiskan..

Lipton Soda Berry Blast Tea Flavour (1.5L) - RM3.05

Nestle Kit Kat Chocolate Drink

Assalamualaikum..
Hye semua..

Air coklat yang padu rasa dia.. Tak manis ya tapi memang pekatlah dan mewah betul rasa coklat tu.. Bila minum tu adalah rasa kitkat tu cumanya tak adalah macam makan coklat kitkat.. Sedap di minum sejuk.. Lebih kurang macam kita minum versi 3in1 dia.. Tapi Sha kurang minat air coklat ini.. Selalu tu beli sebab nak rasa ja.. kikiki..

Sha beli dekat Pasaraya TF Value Mart.. Ada juga di jual di 7E Cafe.. 

Nestle Kit Kat Chocolate Drink (280ml) - RM4.70
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com