Tuesday, July 27, 2021

Tamatlah Riwayatnya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama juga jangka hayat oven ini.. Sha beli pada 4 Jun 2015 dan semalam (26.07.2021) tamatlah riwayatnya.. 6 tahun juga Sha pakai.. Macam-macam dah masak guna oven ini.. Paling suka masak bronies dengan congo bar, satu masa dahulu.. hehehe.. Lepas ini tak tahulah bila pula nak ada oven balik.. hehehe.. Encik suami kata dah ada Air Fryer tu, tak payahlah beli oven.. Nampaknya lambat lagilah baru nak ada oven balik..

6 tahun bersama, akhirnya kau pergi jua..

Semuanya sebab ikan bakar ini.. Semalam encik suami nak bakar ikan cencaru ini tapi yang keluar percikan api dan bunyi yang kuat.. Seram dan bahaya.. Kalau tak bakar ikan, memang tak tahulah oven ini dah rosak.. Sudahnya bakar atas dapur je.. Tu yang terkulai je ekornya.. hehehe..

9 comments:

  1. alahai sayangnya...takpe la..mana tau 2-3 hari lagi sampai oven baru kan....

    ReplyDelete
  2. Mungkin dah sampai masanya tu. InshaAllah ada rezeki dapat oven baru :)

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam. lama jugak tu 6 tahun. banyak jasanya :D

    ReplyDelete
  4. Samalah kita, Kak Sha. Lepas oven bermasalah, guna air fryer je.

    ReplyDelete
  5. Alahai..lama dah tu. banyak berjasa oven tu yer. Dah masa ganti yang baru tu sis hehe

    ReplyDelete
  6. hahahaha melepasss nak dpaat oven baru

    ReplyDelete
  7. Lama jugak la 5 tahun tu. Betul2 skrg zaman orng guna air fryer . hehe katanya senang.
    Sedapnya ikan bakaqqq cicah kicap cili. Upmmmmmmh

    ReplyDelete
  8. Dah sampai pengakhirannya, hahaha awal awal lagi husband kak sha cakap dah ada air fryer, alamatnya pakai air fryer sampai rosak lah dulu baru dapat oven kan hehehe

    ReplyDelete
  9. takpelah nanti tahun depan beli oven baru bagi alasan nak buat kuih raya mesti husband akak beli baru..hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »