Thursday, July 22, 2021

Shopee | Facemask & Hand Soap

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sekarang ini kalau beli dekat shopee dah tak boleh nak pilih courier dan kena bayar shipping.. Jadinya kalau nak membeli memang kena beli time dia buat sale untuk dapatkan voucher free shipping.. Cuma kadang-kadang tu Sha bayar jugalah shipping dengan tebus coins yang dikumpul hari-hari tu.. hehehe.. Cuma tu lah, tak semua kedai bagi tebus coins shopee.. Kita sebagai penggunalah kena bijak berbelanja.. Kali ini Sha beli facemask headloop untuk Sha dan Amani.. Encik suami pula beli facemask earloop buat tambahan.. Beli dekat kedai lain-lain untuk dapatkan harga yang berbaloi dan murah.. Selain facemask, Sha beli juga sabun cuci tangan dalam kuantiti yang banyak.. Lebih berbaloi..

Facemask headloop hitam ini paling murahlah.. RM4.80 je untuk 50pcs.. Sha pun apa lagi, borong teruslah 4 bungkus.. 

Ini facemask jenis headloop.. Kalau pakai tudung sarung je.. Sha beli jenis ni sebab dah murah.. Harga dia dah jatuh bawah RM10.. sebelum ini harga dia semua belas-belas dan puluh-puluh.. Memang tak berbaloilah kan..
Kelabu - RM5.99 x 2
Biru - RM5.49 x 2
Putih - RM6.88
Mixed Colour - RM8.99

Facemask Earloop ini RM3.19 untuk 50pcs.. Encik suami beli 6 bungkus bersamaan dengan 300pcs..

Sabun cuci tangan ini Sha beli dengan harga RM19.00 untuk 5 liter.. Tapi tulah sebab shopee dah kedekut voucher free shipping makanya kena rajin-rajinlah belek shopee untuk dapatkan voucher free shipping.. Kebetulan masa Sha tengok shopee, ada sale dapatlah diskaun untuk shipping.. Kalau tak memang tak berbaloi beli online.. Shipping je dah RM8.20.. Beli bulk macam nie lagi berbaloi dari beli yang saiz kecik-kecik tu.. Sabun ini pun wangi dan berbuih elok..

5 comments:

  1. iya..kena tengok tengok dan bandingkan..kalau tak baik walk in saja. masalahnya...sekang takde tempat nak walk in.. nak nak duduk bandar kecik

    ReplyDelete
  2. 2 benda ni kira keperluan dh skrg.. nk xnk kena ada.. hihi..
    sy pon shopping kat shopee ms sale.. dpt la free shipping..
    ok la sebulan skali shopping kat shopee.. haha

    ReplyDelete
  3. Sekarang voucer banyak untuk shoppepay je kalau tak silap.

    ReplyDelete
  4. dapat free shipping, guna coins memang berbaloi. Sekarang kena tunggu time promo ke apa. berbaloi beli banyak macam ni sekali. Keperluan. sementara harga tengah murah.

    ReplyDelete
  5. dah tak syok kan nak shopping dekat shopee. Susah dahnak dapat voucher. Sama la kita kasha borong je terus facemask earloop dengan headloop ni.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »