Friday, July 9, 2021

ebook | The Boss oleh Aein Dhiyauddin, Ateen Khalid, Mia Azwari, Najwa Rahman, Rinsya Chasiani, Tulip Ungu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kompilasi cerpen dari 6 penulis dengan tema yang sweet dan juga kelakar.. Memang boleh buat pembaca ketawa bila membaca cerita dari penulis-penulis ini..

Encik Driver Cik Bos - Aein Dhiyauddin
Maya telah ditipu oleh teman lelakinya hingga menggunakan wang syarikat.. Setelah dihalau keluar oleh ayahnya yang kecewa, Maya berkahwin dengan Hakin yang juga pernah berkerja sebagai pemandu dan pengawal peribadi Maya.. Bersama Hakim, Maya membina hidup semula.. Berkerja dari bawah dan hidup sederhana..

Time To Love - Ateen Khalid
Edith Jasmin perlu tinggal di kampung menemani Opah yang keseorangan.. Terjumpa dengan Reza, jejaka kacak sebelah rumah dan juga pemilik kedai runcit.. Demi berkenalan dengan Reza, Edith memohon untuk berkerja di kedai Reza.. Ceritanya sempoi namun perangai Edith yang diluar jangka mampu membuatkan pembaca ketawa..

My Heartless Lady - Mia Azwari
Perkahwinan itu indah sebenarnya namun manusia selalu menjadikan perkahwinan itu perkara yang remeh.. Bila ego mengatasi segalanya, habis retak hubungan yang dibina.. Cerita ini memang menarik..

Sweet Chaos - Najwa Rahman
Memang huru hara hidup seorang Bob aka Ahmad Hazrin bila Cik Zahra muncul.. Kalau dulu hidupnya tak ada warna namun kemunculan Cik Zahra berjaya memberi warna warni dalam kehidupan Bob.. Cerita yang sempoi dan memang kelakar.. 

Behave, Girl - Rinsya Chasiani
Aduh hai.. Lelaki beku dengan awek sengal.. Memang kelakarlah baca.. Cuma rasa macam cerita ini pendek sangat dan tergesa-gesa penamatnya.. Tapi ialah.. Cerita pendek je kan.. hehehe..

8 Aksara - Tulip Ungu
Kerana terdesak nak berkahwin, Raff buat rancangan mencari jodoh.. Malangnya yang masuk semua bukanlah seperti yang dikehendakinya.. Bertemu Hannah menerbitkan rasa lain hinggakan Raff memaksa Hannah menyertai rancangan mencari jodohnya.. Tragedi berlaku bila Hannah dipukul peserta lain.. 

Sha baca dan selesai pada 07.07.2021..

Sha pinjam dan baca di aplikasi PNM e-Reader
Published January 2020 by RC Publication

5 comments:

  1. boleh la beli nanti..macam menarik ni..

    ReplyDelete
  2. Mesti tebalnya bukunya ni banyak cerita.

    ReplyDelete
  3. Dalam satu buku byk cerita ya..penulis pn ramai..bagus juga mcm tu..kira mcm cerpen ya..

    ReplyDelete
  4. adoiii kesian Hannah tak memasal kena pukul. cerita encik driver boss tu macam cerita Perempuan Tanpa Dosa

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »