Showing posts with label PSAS. Show all posts
Showing posts with label PSAS. Show all posts

Friday, July 31, 2026

Kecoh Sekejap Kerana Seekor Ular

Assalamualaikum..
Hye semua..

Petang semalam kecoh dalam group kuarters kami bila ada staf lelaki kongsikan perihal kemunculan seekor ular.. Petang semalam memang ada staf dengar bunyi berdesir berdekatan dengan koridor rumah beliau tapi tak jumpa pun ularnya.. Elok staf lelaki tu lalu, ular tu melintas.. Mujurlah ada buluh, terus staf lelaki tu bunuh.. Kalau tengok gambar dan video, besar juga saiz ular tu.. 

Kebetulan hari Rabu sebelum tu, kawasan sekitar kuarters baru lepas di potong rumputnya.. Memang lapang dan bersihlah kawasan persekitaran kuarters ini.. Agaknya ular tu cari tempat sejuk kot.. 

Kemudian ada staf dari blok atas maklumkan juga beliau jumpa anak ular tedung mati di kawasan parkir.. Bila macam ini memang risaulah sebab anak-anak ini suka main dekat kawasan bawah kuarters ini.. Sha yang rajin briskwalk pun jadi seram.. 

Mati dah kena pukul.. Ini dekat laluan motor bangunan sebelah dengan bangunan Sha.. Antara dua bangunan ini ada taman permainan kanak-kanak..

Buluh yang digunakan untuk membunuh..

Kalau tengok video ini, agak besar dan panjang juga saiz ularnya..

Saturday, June 20, 2026

Sarapan Mata Dengan Pemandangan PSAS

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha berjaya buat briskwalk walaupun awalnya terasa sangat malas.. huhuhu.. Semalam petang tak buat sebab hujan.. Pagi ini dah hampir nak gagal tapi paksa juga diri.. Paksa sebab Sha nak kekal sihat dan ringankan badan supaya stamina Sha sentiasa ada.. huhuhu.. Jadinya jomlah Sha kongsikan pemandangan sepanjang sha briskwalk ini.. Sha buat briskwalk ini dalam kawasan Politeknik ja.. Selalu tu Sha buat bentuk 8 tapi sekarang ini Sha buat 1 pusingan besar ja.. 

Kita naik ke atas menuju ke blok Q.. Ini kuarters pensyarah..

Depan tu kuarters pengarah dan timbalan pengarah..

Jom jalan..

Menuju ke Pusat Islam..

Tu dia Pusat Islam.. Sini tempat pelajar, staf dan tetamu solat..

Melangkah ke depan akan ada laluan turun bukit.. Kalau nak buat briskwalk bentuk 8, Sha kena turun dekat sini.. Belok ja kiri di hujung jalan tu..

Tapi pagi ini Sha belok ke kanan.. Terus ke asrama pelajar..

Persedian untuk menerima kemasukan pelajar baru esok (Ahad - 21.06.2026)

Ini menuju ke bengkel automotif di bahagian kiri dan kanan pula ada rumah warden..

Tu dia silau cahaya matahari..

Bermulalah perjalanan menurun bukit..

Guys.. Dulu kalau Sha kerja di Politeknik, sampai sini Sha perlu belok kiri untuk menuju ke Perpustakaan..

Selekoh ini akan menemukan kita dengan Jabatan Elektrik di sebelah kiri..

Hujung depan tu bangunan ULPL..

Sebelah kiri ini ada kantin dan Jabatan Perdagangan.. Sebelah kanan tu pula Dewan besar..

Sebelah kiri ini ada Jabatan Sukan, futsal dan juga padang bola.. Sebelah kanan ini parking kereta untuk pelajar dan orang luar kalau ada program atau event dalam Politeknik..

Jomlah kita mendaki untuk balik ke Kuarters..

Friday, January 8, 2021

Menghijaukan Bumi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam sehari suntuk main tanah dan menanam pokok.. Mula-mula tanam secara berkumpulan mengikut zon.. Zon kami kena tanam pokok bidara, rambutan dan pulasan.. Menanam dalam keadaan hujan rintik.. 

Pagi tanam pokok Bidara untuk aktiviti menghijaukan kawasan Politeknik.. Lubang dah siap digali, cuma perlu masukkan pokok sahaja ke dalam lubang dan kambus balik tanah..

Lepas menanam kita brunch dulu sebelum sambung dekat Perpustakaan pula..

Pokok bunga raya putih dan ulam raja.. Ini untuk Perpustakaan.. Beli dekat nursery depan Politeknik.. Pokok bunga raya putih tu RM4 dan Ulam raja RM5..

Mencangkul tanah untuk pokok bunga raya putih.. Ini dekat pejabat sendiri..

Sesi memenuhkan pasu-pasu kosong dengan pokok yang tengah viral di media sosial sekarang ini.. hehehe.. Tempat kami ada warna pink, putih dan purple..

Monday, December 14, 2020

Berzumba Setiap Isnin

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Maaflah seminggu dua ini entry blog sha penuh dengan review buku sahaja.. Tengah kejar masa 7 hari yang ada ini untuk baca apa yang dah lama diidamkan.. hehehe.. Berbalik pada tajuk entry Sha, bermula minggu hadapan Unit Sha dengan kerjasama pusat sukan akan melaksanakan zumba setiap hari Isnin atas permintaan pengarah.. Nak tergelak sha bila bos datang dan maklumkan pada Sha.. Adoilah.. Semuanya sebab minggu lepas unit kami ketuai aktiviti zumba.. Jadinya petang ini berlatihlah kami gerakan zumba.. Nak lead orang kenalah bagi mahir dulu..

Wednesday, December 9, 2020

Training Woodball

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi sempatlah bersenam tari sekejap sebelum memulakan laihan woodball.. Agak mengecewakan sebab momentum dah tak berapa cantik.. Agak lama juga tak main, tu yang ke laut dalam pergerakan.. hehehe.. Minggu lepas padang dalam pembaikpulihan, tak boleh nak training.. Minggu ini baru boleh main, dapatlah pagi tadi.. Kebetulan pula cuaca cantik hari ini, berpeluh-peluhlah badan.. Satu gate je pukulan cantik, yang lain semua ke laut dalam terbenam.. Hahaha.. Hari ini mata cecah 103.. Sepatutnya kena maintain bawah 100 tapi memang jenuh nak cari momentum bila stop main.. Next week baru main lagi lepas tu ada tournament pula.. Harapnya dapatlah cari momentum balik.. 

Pakai topi supaya muka tak berbelang..

Monday, December 7, 2020

Cikgu Senam Tari

 Assalamualikum..
Hye semua..

Pagi ini Sha diminta untuk jadi cikgu zumba sebenarnya dekat Pusat Sukan.. Tapi kita ini baru je beberapa kali buat zumba, bukannya pakar sangat pun.. Macam tak sesuai je nak jadi cikgu mereka.. Sha buat jugalah pagi tadi, bersama plajar praktikal dan juga video dari youtube yang Sha guna minggu lepas.. Lebih pada brisk walking diiringi lagu atau bahasa melayunya senam tari.. hehehe.. Bila bos minta buatkan, kita buat jelah.. Lebih pada aktiviti riadah di pagi hari demi kesihatan sebelum mula berkerja.. Gitu.. Ada siapa-siapa nak panggil sha.. Hahaha.. Gurau-gurau je ye..

Ditemani seekor kucing yang comel dan pelajar praktikal.. 

Tukar posisi bila matahari mula memancar..

Friday, December 4, 2020

Berzumba Lagi

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hari ini dapat lagi buat senaman dan zumba.. Hari ini memang tak berhenti.. Sampai berpeluh-peluhlah berzumba.. Guna video Brisk Walk 10 minit diselang seli dengan zumba lagu Lagi Syantik dan Teman.. Lepas 3 kali buat, terasa ringan badan.. nanti sambung buat dekat rumah je.. Minggu depan plan nak buat aktiviti lain pula.. Saja menceriakan hari selain dari berkerja.. 

Dah dapat momentum ini memang kena teruskanlah.. Kalau tak nanti jadi malas balik.. Lagipun kena cergaskan badan yang manja nie... Badan cergas dan sihat itu satu kebaikan.. 

Wednesday, December 2, 2020

Berzumba dan Brisk Walk

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi buat lagi zumba.. Kali ini dengan kawan lain.. Masih lagi guna video Brisk Walk yang sebelum ini ditambah dengan zumba video dibawah.. hehehe.. best pula buat zumba lagu Iman Troye ini.. hehehe.. Rancak dan catchy.. Step dia pun senang.. Bolehlah cuba buat dekat rumah..


Lepas senam beli kacang ini buat kudap-kudap.. Kacang dhal rupanya.. Ingatkan kacang tanah.. Sedap juga sebab Sha emmang suka kacang dhal.. Bila salut tepung camni lagi sedap.. Layan je makannya sambil buat kerja dekat pejabat..

Saturday, July 11, 2020

Persediaan Menerima Pelajar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lagi beberapa hari je pelajar Ijazah nak lapor diri.. Kami yang bertugas di kaunter dah mula buat persedian barang.. Walaupun ada di bekalakan oleh pejabat namun tak banyak.. Jadinya ambil inisiatif sendiri untuk beli.. Berikut antara yang Sha beli sendiri sebagai persediaan tambahan berhadapan dengan pengunjung Perpustakaan..

Beli sarung tangan 200pcs.. (RM43.75)

Face Shield 2 pcs.. Harga dia dalam RM4 lebih je termasuk postage.. Sha beli kongsi-kongsi dengan kawan pejabat..

Sekotak mask jenis ikat.. RM42 termasuk postage..

Bekas mask (RM3.20).. Senang nak bawa mask ke mana-mana..

Saturday, March 14, 2020

Majlis Hi-Tea di Pejabat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam ada buat Hi-Tea dekat pejabat.. Hi-Tea ini untuk meraikan pelajar yang sertai Kelab Sahabat Perpustakaan.. Buat jamuan dan aktiviti sikit.. Selain makanan yang memang dah dipesan untuk semua, kami sataf bawa juga seorang satu menu tambahan untuk memeriahkan majlis.. Hehehe.. Tapi tu lah.. Lupa nak snap gambar makanan..

Dekorasi yang dibuat oleh pelajar.. Cantik dan meriah sangat..

Ini susun atur meja untuk makan..

Hadiah untuk semua..

Kuih muih dan buah-buahan..

Hadiah yang Sha dapat.. Cenderahati tumbler seramik dan shawl tu hadiah tukar-tukar dengan pelajar..

Friday, May 17, 2019

Gotong Royong Bubur Lambuk

Assalamualaikum..
hye semua..

Semalam ada gotong royong memasak bubur lambuk di Pusat Islam tempat Sha kerja ini.. Masak satu periuk besar bubur lambuk dan satu periuk besar bubur kacang hijau.. Sha joint team membawang.. hehehe.. Kami ke Pusat Islam jam 9 pagi untuk tugas-tugas memotong bawang, halia, bawang putih, lobak merah, daung bawang dan daun sup.. Sebab buat satu periuk je, kejap je dah siap aktiviti memotong.. Lepas tu balik pejabat baliklah.. Sambung buat kerja.. Yang memasak team lain.. Petang team lain pula membungkus.. Begitulah bila ramai staf.. Berbahagi tugaslah kami.. Pengarah pun joint team membawang.. Hehehe..

Seronok juga bila joint aktiviti macam ini.. Bertemu staf dari jabatan lain.. Beramah mesra dan bermasyarakat.. 

Agihan pula dilakukan sebelah petangnya..

 Bubur lambuk dalam proses..

Aktiviti membawang.. Hehehe..

Sha dapat dua bekas.. 1 bekas bubur lambuk dan 1 lagi bubur kacang hijau + jagung.. Malam tu pula encik suami bawa balik sebekas bubur lambuk..

Tuesday, April 23, 2019

Jom Baca 10 Minit

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini 23 April ada Program Jom Baca 10 Minit di seluruh Malaysia sempena Sambutan Hari Buku & Hakcipta Sedunia.. Perpustakaan tempat Sha kerja buat Program juga.. Sambil-sambil tu Sha pun menyelit juga.. Hehehe.. Sambil-sambil nak galakkan orang membacakan.. Sha memang membacalah tapi sajalah nak tangkap gambar dari dua cara.. Boleh je nak baca buku fizikal ataupun ebook.. Janji baca..

Budayakan amalan membaca sepanjang masa. Bangsa membaca bangsa berjaya. #MalaysiaMembaca #caringthroughreading

Thursday, October 25, 2018

Majlis Penghargaan Pencapaian 2018

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selasa (23.10.2018), tempat kerja Sha buat jamuan makan malam untuk menghargai pencapaian yang telah dibuat sepanjang 2018.. Rasanya dah lama tak ada acara macam ini.. Kalau ada pun jamuan makan akhir tahun yang dibuat semasa perhimpunan bulanan.. Kali ini buat sebelah malam pula.. Ada cabutan bertuah yang menarik..

Rakan-rakan pejabat Sha ada 3 orang yang dapat cabutan bertuah.. Sha pula tak berapa nak bertuah sangat malam itu.. :)

Dapat mug sebagai cenderahati..

Menu malam itu..
Ayam goreng berempah, daging masak hitam, dalca kari, acar buah dan buah tembikai..

Tuesday, October 23, 2018

Perkongsian Ilmu: Perpustakaan ke Arah IR 4.0

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam petang Bos sha dijemput ke UPSI untuk Program "Perkongsian Ilmu: Perpustakaan ke Arah IR 4.0".. Tapi bos tak dapat nak pergi sebab ada mesyuarat, bos suruh Sha dan rakan sekerja je yang pergi.. Maka pergilah kami berdua..

Persepsi Sha sebelum mendengar adalah program ini mesti boring.. Jadinya Sha bawa sebuah buku sebagai teman.. Tapi jangkaan Sha meleset.. Bila penceramah tu buka je mulut, memang terpaku dengar.. Bukan sebab dia selebriti tapi suara dan cara penyampaian dia memang boleh buat Sha fokus pada dia.. Teruja dan bersemangat dengar.. 

Antara yang menarik boleh Sha kongsikan ialah:-
IR tu bermaksud Revolusi Industri..
Pentadbiran dan pengurusan perpustakaan di laksanakan dengan cara yang professional berdasarkan kepada piawaian. 
Menjadikan perpustakaan sebagai pusat ilmu dengan koleksi yang mantap dan diurus dengan baik.
Menyediakan maklumat berdasarkan maklumat pengguna..

Bila dengar penceramah tu cerita mengenai teknologi yang ke depan dan apa yang akan dihadapi oleh manusia memang ngeri.. Bayangkanlah sedikit demi sedikit teknologi mengambil alih tenaga manusia.. Makin ramai yang menganggur dan tak punya kerja.. Macam pustakawan lah.. Bila semuanya boleh diperolehi dengan gadget, kenapa pengguna nak datan ke Perpustakaan kan.. Banyak lagilah.. semuanya menyentap ke jiwa.. hahaha..

Penceramah itu nama dia Tuan Sayed Munawar b. Sayed Mohd. Mustar.. Boleh tengok rancangan beliau bersiaran malam ini di TV1 jam 9.30 malam..

Wednesday, October 3, 2018

Pertandingan Inovasi Perpustakaan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selepas menyertai Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) pada 2014, kali ini sekali lagi Sha bersama staf Perpustakaan yang lain menyertai Pertandingan Inovasi.. Kali ini dianjurkan oleh UiTM Merbuk, Kedah.. Pertandingan ini berlangsung selama 1 hari sahaja..

Dugaan nak ke Kedah ini pun boleh tahan juga.. Kalau ikut hati memang nak putus asa dah.. Emosi betul-betul terganggu.. Lama dah tak jadi macam ini.. Tekanan perasaan itu datang dari rakan sekerja dan juga dari rumah.. Namun bila di kaunseling dan di tarbiah oleh encik suami, Sha gagahkan juga untuk pergi.. Gerak dari Politeknik jam 11 pagi malangnya kenderaan jabatan tak boleh hidup masa semula lepas berhenti isi minyak di RnR RTC Gopeng.. Lama jugalah kami menunggu kedatangan mekanik.. Jam 3.40 petang baru gerak semula setelah starter (Alatan yang rosak) diganti baru.. Sampai Sg. Petani jam 6 lebih.. Terus daftar masuk di Hotel Seri Malaysia.. Tiada entry pasal hotel sebab perkhidmatan dan bilik sangat tidak memuaskan.. Cukuplah sekali sahaja.. Malam lepas maghrib kami keluar makan.. Makan dekat medan selera jam besar.. Makanannya okay-okay sahaja.. Disebabkan Sha menahan sakit pinggang, tak adalah nak ambil gambar makanan.. Memang makanan sampai terus makan dan makan ubat.. Sampai hotel dekat jam 11 malam sebab pergi survey tempat pertandingan sekali.. Sha emmang terus tidur sebab dah makan ubatkan.. Fikir nak rehat je..

Esoknya pagi jam 6.40 kami dah siap-siap daftar keluar hotel.. Sebab pertandingan mula jam 8.00 pagi.. Lepas sarapan dekat hotel terus gerak ke UiTM Merbuk.. Sampai je Dewan Perdana, kami pun siapkan meja untuk penjurian.. Penjurian bermula seawal jam 9.30 pagi.. Setiap meja akan didatangi 2 orang hakim untuk menilai hasil kerja peserta.. Jam 12 dah selesai.. Sementara tunggu pengumuman pemenang, kami pergi makan dan juga solat.. Majlis penutup dan penyampaian hadiah dilakukan pada jam 2.30 petang.. Alhamdulillah "elib2u" (sistem yang kami bangunkan dengan kerjasama unit ICT) berjaya memperolehi Anugerah Emas untuk Kategori Inovasi.. Memang berbaloilah..

Meja kami..

 
 Sesi penerangan.. Bukan Sha je.. Bos Sha yang banyak bagi penerangan.. Sha bantu-bantu je..

Yeah!! Menang.. Kenangan manis untuk tahun 2018..

Thursday, July 12, 2018

Jamuan Raya Kuarters 2018

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam malam (10.07.2018) kuarters Sha duduk ini buat jamuan raya stail potluck.. Kali ini lebih ekonomi dan mengikut kemampuan.. Sebab dah hujung-hujung ini, masing-masing agak kekurangan dari segi kewangan kan.. Jamuan inipun sekadar nak merapatkan ukhwah sahaja.. Sesekali berkumpul dan beramah mesra antara jiran.. Walaupun ada juga yang tak mahu menyertai aktiviti sebegini, tapi mana yang ada pun dah cukup meriah.. Disebabkan dalam group blok dah disenaraikan masing-masing bawa apa, tak adalah menu yang sama.. Lepas tu pinggan mangkuk bawa sendiri..

Antara menu yang ada ialah meehoon goreng, mee goreng, nasi goreng, nasi impit + kuah kacang, rendang, buah-buahan, kek, brownies, keropok lekor, kerepek, nugget/kentang dan air..

 

 
Yang ini masa Politeknik buat jamuan raya.. ada photobooth.. Sakanlah bergambar.. Jamuan ini memang melibatkan semua jabatan.. Meriahlah.. Macam-macam ada.. Kambing golek yang paling mengancam.. Tapi terlupa pula nak snap gambar makanan.. kikiki..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com