Friday, September 6, 2019

Dressing Luka Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bermula hari Rabu sampailah luka Amani baik, Sha kena bawa Amani ke Klinik Komuniti @ Klinik Kesihatan untuk cuci luka Amani.. Amani pula tak nak ayah dia bawa.. Dia nak Sha yang bawa.. Hari pertama dan kedua, jenuh pujuk dia bertenang dan relax.. Amani punya takut tu, bukan biasa-biasa okay.. Memang boleh buat Sha hilang sabar.. huhuhu.. Lepas cuci boleh pula dia cakap.. Tak sakit pun cuci.. Kakak Kuat.. Hahaha.. Sabar jelah mak dengar.. Yang lama sesi memujuk.. Proses cuci tu sekejap je.. Hahaha.. Jadi mak ini jiwa memang kena kental.. Kena mengadap luka Amani tu setiap kali proses cuci dilakukan.. Mujurlah Sha memang dah biasa mengadap luka or minor surgery.. Darah, luka tu emmang tak ada masalahlah nak tengok walaupun lama dah tinggalkan.. (Dulu pernah kerja dekat klinik.. hehehe)

Kalau ke Klinik Komuniti kena bawa sendiri Cecair Dermacyn Wound Care.. Nurse cadangkan juga untuk beli Biopad Wound Dressing.. Yang ini kalis air.. Kalau mandi, tak adalah basah luka tu.. Sha memang kena beli yang kalis air ini.. Mudah untuk Amani mandi dengan betul.. Kalau tak dia mandi ala kadar je.. Geli bila pembalut luka tu basah kena air.. 

Biopad Wound dressing (9cm X 10cm)
-Waterproof and tranparent with absorbent pad.
-Suitable for post operation wounds & other wounds.
-Semi-permeable and allows skin to breath.
- Faster cicatrization
- Bacteria barrier
- High flexibility
- It is adaptable to all parts of the body allowing a total liberty of movement.

Dermacyn Wound Care
Merupakan cecair pencuci luka yang dapat membantu :
Membasmi bakteria daripada luka yang telah dijangkiti kuman atau bakteria.
Melindungi tisu sekeliling luka yang telah dijangkiti daripada bakteria.
pH Neutral, tidak menghakis.
Melembapkan luka yang akut dan kronik.
Mengurangkan bau penghasilan cecair yang dipenuhi bakteria (nanah atau sel mati) daripada luka.

Variasi pembalut luka kalis air..
Bosui Pad - RM6.90
ASGUARD Clear+Film Island Dressing - RM4.10
Biopad Wound Dressing - RM3.50

Nur Care Island Dressing - RM2.50

10 comments:

  1. Mak kite pon pkai Dermacyn masa kne bedah aritu..hari hari kne cuci luka

    ReplyDelete
  2. mak kena jadi doktor aka nurse la yer. semoga cepat sembuh!!!

    ReplyDelete
  3. Senang pakai yg water proof ni. bukan kata budak2 org dewasa pun tak suka bila pembalut luka tu basah kena air kan

    ReplyDelete
  4. dah settle action pulak dia ye

    ReplyDelete
  5. pernah lalui cuci luka suami dulu lepas operate memcabar gak hahaha

    ReplyDelete
  6. mcm2 kerenah ya amani... hehe janji cepat sembuh ya!

    ReplyDelete
  7. Harap by this time Amani dah sembuh sepenuhnya

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com