Assalamualaikum..
Hye semua..
Petang semalam dalam pukul 2.15, Sha dan encik suami gerak ke Ipoh naik si putih.. Encik suami tak nak naik kereta sebab nak cepat.. Memang banyak kereta petang semalam.. Sempatlah kami basah ditimpa hujan area Kampar.. Sampai Ipoh dah kering semula..
Kami ke Ipoh untuk ambil kunci rumah dari penyewa Sha.. Dia baru maklumkan dekat Sha nak keluar, hari Rabu (28.01.2026).. Jadinya Sha janji untuk datang ambil kunci pada hari Sabtu (31.01.2026).. Penyewa ini masuk rumah Sha 30 November 2024, kiranya sempatlah setahun.. Penat sikitlah Sha dengan penyewa yang ini.. Hari beliau maklumkan nak keluar tu, baru dia bagi tahu Sha yang air dah kena potong.. Memang beranginlah juga Sha.. Sha terus telefon Lembaga Air Perak dan selesaikan pembayaran.. Guna deposit yang ada di tangan Sha.. Kemudian Sha semak bil api guna MAE, pun ada tunggakan.. Sha bayar guna duit deposit.... Lepas tu petang semalam masa Sha datang rumah, rumah dalam keadaan kurang bersih.. Sha suruh dia angkut besi sangkar kucing dan tayar lama yang dia tinggalkan.. Selebihnya Sha selesaikan guna deposit yang masih ada ditangan Sha..
Kebetulan juga encik suami dah dapatkan penyewa baru.. Janji nak jumpa petang yang sama.. Penyewa baru ini setuju dan terus tandatangan surat perjanjian.. Selesai tunjuk rumah, Sha terus serah kunci kecuali kunci pintu depan selepas beliau buat bayaran.. Penyewa yang kelima ini okay ja dengan keadaan rumah, jadinya tak payahlah Sha cat rumah dah.. Beliau terima seadanya.. Cuma kena bersihkan dan ganti beberapa perkara ja..
Tombol pintu utama rosak.. Ini Sha ganti terus petang Sabtu tu.. Kos RM37.00
Tombol baru siap di pasang sementara tunggu pekerja kebersihan datang..
Bilik utama dia cat warna ungu (kena cahaya jadi merah jambu).. Lantai ada kesan double sided tape.. Ini Sha tak cat semula tapi Sha ambil kos upah dan cat dari penyewa ini sebab cat tanpa kebenaran dan tak cat semula warna asal..
Kipas bilik no 3 pecah.. Kipas dinding ini Sha buka dan bagi penyewa lama.. Sha tolak duit deposit dia untuk beli kipas baru dan pasang..
Table top dan lantai dekat dapur kotor..
Pukul 7 petang pekerja kebersihan datang untuk cuci rumah.. Kali ini Sha malas nak berpenat lelah.. Usia dah banyak ini nak kerja mudah ja.. Bayar RM90 (upah kerja RM75 untuk sejam dan duit minyak RM15), bersih 1 rumah.. Alhamdulillah..
Selesai ja bersih rumah, Sha terus gerak balik.. Singgah makan dekat hentian sebelah Simpang Pulai dan hentian sebelah Ladang Bikam untuk regangkan badan yang penat.. Kami keluar tol Slim River, elok lepas tol lama ada eksiden dan pokok tumbang.. Konon nak lalu jalan dalam, terjatuh pula kami masa nak pusing.. Encik suamilah sakit sikit kakinya.. Sampai rumah jam 10.40 malam.. Pengalaman..

























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..