Assalamualaikum..
Hye semua..
Sha memang tak jangka langsung isi buku ini.. Tajuknya saja memberi teka teki buat Sha namun Sha baca tanpa cuba mencari tahu sinopsis buku ini.. Selepas tajuk yang pertama baru Sha cari makna kepada Ensalada dan menemui bahawa "Ensalada" ialah perkataan Sepanyol yang bermaksud salad.. Maknanya isi dalam buku ini adalah gabungan cerita yang berbeza.. Penulis berjaya mainkan perasaan Sha sebagai pembaca dengan emosi yang pelbagai..
Awal-awal kita dihidangkan cerita tentang Shah dengan pengalaman yang tidak terjangkau dek akal dia.. Kemudian kita dihidangkan pula dengan cerita cinta Intan yang penuh tragis.. Lepas tu boleh pula penulis takutkan pembaca dengan cerita tentang Jakfar.. Aduh!! Merinding dibuatnya.. Mujurlah lepas tu Naomi baeri kemanisan yang comel.. Serupa apa ja, tersingih-sengih Sha baca cerita tentang Naomi ini.. Aubrey pula menutup cerita dengan sedikit sentuhan pada perasaan..
Sha baca dan selesai pada 25.02.2026..
Published August 1, 2025 by Nursyazni e-book Pub

























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..