Assalamualaikum..
Hye semua..
Lepas tengok Santau Perempuan Terlarang, rasa macam menarik pula untuk tengok Susuk Rupawan ini.. Kali ini pelakon dia okaylah.. Jalan cerita pun boleh tahan.. Awal-awal tu macam banyak misteri.. Kisah rumah sewa yang misteri.. Gangguan demi gangguan yang dilalui oleh Dewi, Fadil dan juga Zakri.. Pada masa yang sama mak dan atuk si Zakri ini macam mengamal sesuatu tapi Zakri tak suka..
Zakri ini bagusnya walaupun kurang beragama namun punya kawan yang baik iaitu Fadil.. Zakri berjaya buang pendamping yang dimiliki keluarga dia namun tanpa disedari ada yang nak membalas dendam pada atuk Zakri.. Sedikit demi sedikit cerita silam mula terbongkar.. Masuk episod 6 kita akan mula tahu siapa sebenarnya Dewi dan apa kaitan Dewi dan Fadil..

Susuk Rupawan
Episod: 8
Tarikh Tayangan: 7 Januari 2026
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Liza Nur
Pengarah: Amor Rizan
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Pelakon: Cahaya Nilam, Adam Lee, Darien Aeldra, Shah Rezza, Watie Sadali, Jasmin Hamid
Sinopsis: Mengisahkan Dewi (Cahaya Nilam), seorang penari tradisional berusia 20-an dari Johor yang berpindah ke Kuala Lumpur dengan satu tujuan tersembunyi yakni membalas dendam. Dewi menyewa di rumah milik arwah Adli dan mendekati anaknya Fadil (Darien Aeldra), yang kemudiannya dijadikan alat untuk merapati Zakri (Adam Lee), cucu kepada Tan Sri Halim (Shah Rezza), seorang tokoh korporat berpengaruh yang pernah merogolnya suatu ketika dahulu. Di sebalik kelembutan dan kecantikan Dewi, tersembunyi niat yang penuh perhitungan.
Ketegangan memuncak ketika Dewi mula berpindah tinggal bersama Fadil, Tan Sri Halim dan Mala (Watie Sadali) hingga pelbagai perkara mistik berlaku di rumah tersebut. Kehadirannya mula mencetuskan retak berlanjutan dalam keluarga kaya tersebut, sehingga rahsia silam akhirnya terbongkar bahawa Dewi sebenarnya ialah Nazimah, mangsa rogol Tan Sri Halim kini kembali dengan wajah muda hasil amalan ilmu hitam serta pemakaian susuk.
Apabila Fadil berdepan kebenaran pahit yang membongkar sisi gelap Dewi, dia cuba menyelamatkan keluarga itu daripada terus terjerumus. Namun segalanya sudah terlambat, satu demi satu tragedi berlaku. Mampukah dosa silam dipadam atau dendam akan terus hidup walau jasad sudah tiada?

























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..