Assalamualaikum..
Hye semua..
Awalnya Sha tak jangka pun isi buku ini adalah puisi pendek dan anekdot.. Setiap puisi adalah isi hati penulis.. Bila kau baca apa yang disampaikan, sedikit sebanyak kau dapat memahami apa yang dirasakan penulis.. Malah ada masanya kau rasakan seolah-olah apa yang ditulis tu tertuju tepat ke hati kau.. Namun begitu penulis turut berkongsi sekiranya kau pernah berada di titik terendah dalam hidup kau, itu bukanlah suatu hal yang negatif sebenarnya dan ianya juga bukanlah bermakna pengakhiran untuk segala-galanya.. Sebaliknya itu adalah hikmah dan ada iktibar yang boleh kita renungi untuk memperbaiki diri dan kehidupan..
Suka bila penulis tekankan bahawa kesemua puisi dan catatan yang ditulis ini adalah untuk mengalakkan dan juga memberi harapan bukannya melemahkan semangat..
"Kita akan rasa kehilangan bila kita pernah rasa memiliki"
Sha baca dan selesai pada 02.04.2024
Published February 1, 2023 by Tentang Kita Empire
"Kita akan rasa kehilangan bila kita pernah rasa memiliki" <---sukalah ayat ni :)
ReplyDeleteSuka baca dia punya bahasa. Sedap di baca.
ReplyDelete