Sunday, April 7, 2024

Pasang Tinted Pada Tingkap Rumah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha pernah kongsikan peristiwa orang mengintai semasa Sha jemur bajukan.. Kalau nak tahu, minggu lepas anak Sha pula kena.. 28 Mac 2024, kejadian berlaku masa Sha keluar dengan encik suami dan waktu tu orang tengah solat terawih.. Anak Sha ini dia duduk bilik belakang tengok tv.. Sekali dengar bunyi orang berjalan.. Dia selak sikit langsir dan nampak orang berdiri membelakangkan tingkap.. Terus dia mesej Sha tanya ayah dia ke.. Sha cakaplah Sha dengan ayah dia keluar beli barang.. Terus kami bergegas balik.. Tak tahulah manusia mana..

Encik suami terus pesan tinted putih dekat Shopee dan semalam kami bertungkus lumus pasang.. Bila dah pasang ini, memang legalah.. Tak boleh dah orang nak mengintai.. Memang orang luar tak nampak dalam, orang dalam pun tak nampak luar.. Selain pasang tinted, encik suami tambah kunci juga pada grill pintu depan dan sliding door.. Keselamatan tambahan.. Kita usaha dan ikhtiar, selebihnya minta pada Allah semoga keluarga kecil kami sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah.. Aamiin..

Sebelum pasang..
Tingkap Bilik Belakang
Disinilah kejadian kali kedua.. Orang tu berdiri membelakangkan tingkap tengah tu..

Tingkap Bilik Amani & Imani
Tingkap ini mengadap padang dan gelap

Tingkap Tepi bilik Utama
Tingkap ini sebelah tingkap bilik Amani & Imani..

Tingkap Bilik Utama
Tingkap bilik tidur Sha.. Mengadap padang dan gelap..

Siap Pasang
Pasang dekat bilik Amani dan Imani dulu..

Tingkap tepi bilik utama..
Kecik sikit tingkap ini.. Kena potong sikit tinted nya..

Seterusnya tingkap utama bilik Sha..

Paling akhir tingkap bilik kejadian.. Selesai..

3 comments:

  1. Risau kalau tinggal anak-anak jer kt rumah . Mujur ambil langkah keselamatan pasang tinted tingkap ni . Kalau dah berkali-kali datang intai ni risau pulak kan .. moga xda apa-apa berlaku

    ReplyDelete
  2. Seram betul ni. Risau keselamatan kita. Bagus juga pasang tinted, tak ada lah nak mengintai lagi. Semoga tak ada kejadian berulang dan tiada perkara buruk berlaku. Semoga Allah lindungi KakSha dan keluarga. Aamiin...

    ReplyDelete
  3. Ada lagi rupanya peristiwa orang misteri datang kawasan rumah.
    Bagus juga ambil langkah-langkah pencegahan.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com