Assalamualaikum..
Hye semua..
Mula dengan encik suami diserang gagal-gatal dan bintik merah merata badan pada malam Jumaat.. Kemudian Ahad petang tu, Sha pula naik gatal-gatal, miang sama dan bintik-bintik merah dekat perut ke kaki.. Malam ahad tu juga Imani gatal-gatal dekat bahagian tangan.. Amani pula rupanya dah lama ada bintik-bintik merah serta gatal-gatal cuma dia tak bercakap dan kami pun tak perasan.. Isnin malam tu baru perasan.. Risaukan scabbies, Sha pun jumpalah doktor pagi semalam, dapat ubat.. Petangnya Sha bawa Amani ke klinik pula.. Doktor yang rawat Sha cakap scabbies.. Doktor yang rawat Amani kata bukan.. Doktor bagi Amani cream sapu..Kawan Sha bila dia tengok bintik-bintik pada badan Amani, dia cakap hama tilam.. Jadinya kita cuba je semua ubat yang diberi doktor..
Selain ubat, encik suami ambil jalan jemur tilam-tilam semua.. Cadar-cadar dan sarung bantal bawa basuh dekat dobi.. Petang lepas balik kerja, sambung mendobi baju-baju kami pula.. Sha ke dobi sebab dobi ada air panas.. Matilah hendaknya kutu-kutu tu semua..
Bawa Amani ke Klinik Kesihatan untuk dapatkan rawatan..
Dobi baju sebab dobi ada air panas.. Lepas basuh, kita keringkan dalam pengering.. Extra panas.. Bagi mati semua kuman.. Memang minggu ini kena bawa ke dobi lah jawabnya
bahaya juga hama tilam, semoga cepat sembut dan hilang semua hama ni.
ReplyDeletesemoga cepat sembuh ya semuanya
ReplyDeleteHama tilam yg pepijat tu ke? Yang itu kalau gigit sakit...dah lah busuk.
ReplyDeleteKalau ada vacuum yg heavy duty boleh divacuumkan tilam tu sekali...
Tungau atau hama tilam ini memang suka bikin gatal. Kalau disana ada jasa mattress cleaner bisa dipanggil kak. Saya pernah panggil, dan bersiiih langsung semua kasur mereka sedot dan sterilkan pakai uv light.
ReplyDeletesemoga cepat sihat semuanya... ameeennnnnn
ReplyDeleteTahun lepas balik kampung saya gigih angkut vacuum tilam naik kapal terbang sebab tau tilam kat kampung dah lama, anak2 pulak jenis kulit sensitif naik gatal2 kulit bila kena gigit hama tilam ni. Btw selamat hari raya Sha sekeluarga, maaf zahir & batin ✨
ReplyDeletemcm mana ye nak elak hama tilam tu? takut pula baca. semoga cepat sihat semuanya
ReplyDeleteMoga sihat semuanya ya.....seram juga dengar pasal hama ni.
ReplyDeletedekat shopee ada spray hama tilam tu, nanti kak sha try la guna. dulu pernah try, berkesan jugak. sekarang dah malas nak spray sebab tilam memang kena matahari hari2 hehe
ReplyDelete