Thursday, April 11, 2024

Cerita 1 Syawal 1445

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam memang penat tapi gembira.. Sha sekeluarga beraya ke KL, rumah saudara mara sebelah abah Sha.. Gerak dari Behrang jam 7.30 pagi.. Bergambar satu keluarga dahulu.. Kemudian terus naik lebuhraya.. Singgah solat sunat Aidilfitri di masjid Bukit Beruntung.. Memnag meriahlah.. Seronok sebenarnya bila singgah di masjid lain untuk solat sunat.. Terasa betul-betul macam perantau.. kikiki..

Kemudian kami terus ke Kg. Melayu Subang rumah Mak Long Sha, kakak ipar arwah abah.. Alhamdulillah sempat jumpa sepupu-sepupu sebelum mereka gerak pulang ke rumah mertua masing-masing.. Disini Sha jumpa keluarga Makcik, adik abah.. Kemudian kami gerak ke Desa Pandan 3 kereta.. Sha follow kereta sepupu Sha.. Ada beberapa rumah yang Sha dah lama dan tak biasa pergi tu yang Sha follow sepupu Sha.. Sampai di Desa Pandan, kami ke rumah Pak Itam, satu-satunya adik lelaki abah yang tinggal.. Ini je lah bapa saudara Sha yang masih ada.. Yang lain semua sudah kembali bertemu Ilahi.. Al-Fatihah buat semua arwah.. Selesai makan di rumah Pak Itam, Mak Lang dan dua sepupu Sha sampai.. Rumah Mak Lang memang kami hold dulu sebab Mak Lang nak buat rumah terbuka.. Bila dah jumpa ini memang gembiralah.. Lama lagi nak tunggu tarikh rumah terbuka tu kan..

Dari Desa Pandan Sha gerak ke Taman Kosas, Ampang.. Rumah Makwe, kakak ipar arwah abah.. Ziarah dan gerak pula ke PJ rumah adik perempuan abah.. Ini pertama kali Sha sampai di sini.. Memang tak pernah datang.. Rumah seterusnya di Sg. Penchala.. Berjumpa lagi dengan Mak Lan dan keluarga.. Memang gembira dan bertambah meriah jadinya.. 

Rumah terakhir, di Saujana Utama.. Rumah makcik Sha.. Singgah minum dan makan kuih raya dan sekali lagi kami bertemu Mak Lang.. Kikiki.. Dua mak saudara ini memang kesayangan Sha lah..

Alhamdulillah.. Memori gembira yang akan disimpan sebagai kenangan.. Semoga ziarah ini akan berterusan pula antara kami sepupu dan anak-anak.. Mak saudara dan bapa saudara dah makin menyusut, kami sepupulah kena teruskan aktiviti ziarah-menziarahi ini.. Tambah-tambah kali ini Sha rasa antara Sha dan isteri sepupu makin rapat..

Tema kami hijau tapi pelbagai tona.. Anak-anak dara dah ada selera sendiri.. Kita ikutkan sahajalah..

6 comments:

  1. Bunga api cantik berseri,
    Pelita bulu menghiasa halaman;
    Hari Raya menjelma lagi,
    Tangan dihulur bermaaf-maafan.

    ReplyDelete
  2. Tahun ini tidak raya di Sungai Penchalapun.
    Alhamdulillah nampak sakan jalan. Tidak hadapi kesesakan jalanraya ke?

    ReplyDelete
  3. Paling seru saat bisa silaturahmi ke rumah2 saudara saat idul Fitri ❤️❤️. Di situlah masa kita bisa bertemu banyak sanak saudara yg biasanya tak pernah ketemu kan

    ReplyDelete
  4. rumah mak long kak sha banjir tak? sebab haritu hujan lebat kan. dekat rupanya mak saudara akak dengan rumah saya haha. kalau datang sini roger2 lah, boleh jumpa. selamat hari raya kaksha sekeluarga :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com