Assalamualaikum..
Hye semua..
Pagi tadi Sha cadang nak briskwalk solo ja.. Memang dah pakai headphone demi mengelakkan perbualan.. Sekali terjumpa jiran bangunan sebelah.. Qnak dia sekalas dengan Imani.. Sha ingatkan dia senyum ja sebab dia dengan suami.. Sekali dia tinggalkan suami dia dan jalan dengan Sha.. kikiki.. Memang dari awal sampai habis dia jalan dengan Sha.. Sembang pasal hal sekolah anak.. Layan ja.. kikiki..
Petang pun Sha briskwalk juga.. Kali ini memang akan tangan dan senyum ja bila jumpa orang yang dikenali.. Mereka pun tak ada yang menyinggah ajak Sha bersembang.. kikiki..
Pagi tadi tak sampai 4 km tapi dapatlah 4 ribu lebih langkah.. Sha keluar awal juga dalam pukul 7 pagi..
Lepas briskwalk, Sha bawa Amani makan roti canai.. Sha pun makan juga.. 2 keping lagi.. kikiki.. Aktiviti wajib setiap Sabtu dengan Amani..
Lepas makan singgah carwash.. Lama tak mandikan kuda merah Sha.. Sha nak buat waterwax sekali..
Pergh!! Berkilat kereta.. Merah menyala gitu..
Petang hampir 5 ribu langkah tapi tak dapat pun 4km.. Jadilah kan untuk hari ini.. Campur dengan merayap dekat pasaraya tadi dapatlah 11 ribu langkah untuk hari ini..

























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..