Friday, December 25, 2020

Resepi Oden Viral

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ramai juga yang kongsikan resepi Oden ini.. Resepi yang Sha kongsikan disini telah Sha ubahsuai mengikut selera dan bahan-bahan yang ada dan mudah diperolehi.. Tak ada resepi yang tak boleh diubahsuaikan.. Janji rajin nak cuba.. InsyaAllah jadi.. hehehehe.. Sha masak oden ini masa jamuan di pejabat baru ini.. Saja nak mencuba sesuatu yang lain.. Main agak-agak je bahannya.. Bolehlah buat sendiri kat rumah lepas ini.. Memang sedap dan lagi puas makan bila masak sendiri ini..

Bahan-bahan yang diperlukan:
Perencah Asam Pedas Adabi 1 paket
Perencah Tomyam Thailand 1 senduk atau ikut kesesuaian rasa
Air secukupnya
Bahan oden pula Sha guna bebola ayam, bebola sotong, isi ketam, cendawan, kue teaw dan maggi

Periuknya kami guna periuk nasi je.. Mudah.. hehehe.. Cuma jangan bubuh air terlampau banyak sebab nanti nak bubuh bahan lagi.. Bila dia menggelegak je kuahnya meleleh-leleh sebab penuh sangat..

Cara-cara membuatnya:
Masukkan air (ikut anda nak kuah banyak mana), biarkan menggelegak..
Kemudian, masukkan perencah tomyam dan pes asam pedas, biar sampai menggelegak.. Sha tak tambah gula mahupun garam sebab perencah tomyam thailand tu dah secukup rasa..
Boleh masukkan segala bahan yang nak dimakan ke dalam periuk dan biarkan sampai menggelegak, barulah boleh dimakan..

Semangkuk oden yang dah boleh dimakan..

Terlebih air.. Meleleh kuahnya bila dia menggelegak.. Paniklah sekejap.. hahaha.. Part inilah kelakar.. Semua panik sampai lupa nak tutup suis ataupun cedok keluar isi dengan kuah tu.. 

8 comments:

  1. sedap juga oden ni. bila masak sendiri memang puaslah dapat makan banyak..hehe

    ReplyDelete
  2. hahahaha ! aduh klu panik.. mmg macam2 kita fikir kan hahaha

    ReplyDelete
  3. terus rasa lapar. senang je nak buat boleh la try. tq share resepi :)

    ReplyDelete
  4. mudah dan enak,kan saya pun suka oden ni makan panas panas

    ReplyDelete
  5. Sedapnya buat oden. Berselera makan bila lama tak makan :)

    ReplyDelete
  6. hah penuh melimpah tu..hujan2 dpt buat oden ni sodap

    ReplyDelete
  7. sedap kan oden..shida suke giler mkn oden!

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »