Wednesday, December 23, 2020

Kebakaran Dapur Rumah Kami

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pengalaman yang tak dapat nak dilupakan.. Sha abadikan disini buat kenangan dan juga peringatan.. Rabu (16.12.2020) dapur rumah Sha terbakar.. Kebakaran disedari oleh anak Sha, Nur Imani pada jam 11.30 malam.. Malam tu Sha memang mengantuk sangat, pukul 10 malam Sha dah tidur.. Manakala anak-anak Sha dan encik suami masih lagi berjaga.. Sha tak buat rutin harian Sha iaitu periksa dapur, pintu dan lampu.. Encik suami masuk tidur awal juga.. Nur Imani memang selalu tidur lambat, membaca katanya.. Hehehe.. Ikut perangai Sha.. Malam tu dia tidur di bilik belakang.. Bilik tu memang nampak dapur Sha.. Dia dengar bunyi meletup dan nampak api lompat-lompat.. Imani ingatkan ayahnya tengah masak.. Dia bangun dan pergi jenguk dapur.. Tak nampak ayah dia.. Imani masuk balik bilik, tengok masih ada api.. Dia pergi balik dapur , lepas tu terus dia gerak ayahnya.. Imani cakap "Ayah.. Ayah.. Bangun.. Bangun.. Ada benda kat dapur..".. Encik suami terkejut terus bangun pergi dapur.. Sha pun terkejut juga sebab dengar suara Imani tu memang jelas takut dan panik.. Sha bangun dan pergi dapur tengok api dah menjulang marak.. Terus sarung tudung pakai sweater, ambil telefon dan dail 999.. Mula tu terdail 991.. hehehe.. Panik kan.. 

Encik suami pula terus naik motor dan panggil pengawal keselamatan.. Encik suami suruh bawa sekali pemadam api.. Bila pengawal keselamatan datang, masuk rumah dan tengok api terus dia sembur pemadam api.. Memang terbaiklah pengawal keselamatan kami.. Tak lama lepas tu polis datang, ambil keterangan dari encik suami dan tunggu bomba datang.. Bomba datang dengan bunyi siren yang kuat, makanya meriahlah kawasan rumah kami.. hehehe.. Bila bomba datang, dia check semua keadaan dan ambil keterangan.. Soal siasat semua, lepas tu dia sita dapur kami.. Mulanya macam nak sita rumah tapi agaknya bila tengok kondisi, macam okay je bomba sita dapur jelah.. Mujurlah yang terbakar tu dapur luar.. Kalau dapur tengah, tak tahulah.. Alhamdulillah juga disebabkan tindakan pantas pengawal keselamatan kami menyebabkan kerosakan tu tak adalah teruk sangat.. Kalau ikut bomba, akan ada pegawai forensik dari Tapah datang untuk tengok.. Sebab yang terbakar ini bangunan kerajaan kan.. Khamis tengahari, bomba telefon kata kertas sita tu dah boleh hantar dekat bomba sebab pegawai forensik tak turun.. Pegawai forensik tak turun sebab punca kebakaran dah dikenal pasti.. Puncanya, encik suami lupa tutup api dapur.. 

Paling terkesan selain kami dah tentulah penghuni aras kami.. Mereka tak boleh nak guna bilik air tengah, sinki dapur dan bilik air basuh baju.. Kami aras bawah sekali, kalau mereka aras atas guna juga memang banjirlah dapur kami dengan air kotor..

Alhamdulillah rakan-rakan sekerja buat collection duit dan sumbangan dari pihak masjid banyak membantu kami dalam melakukan proses baik pulih.. Memang terharu sangat-sangat bila ramai yang menghulurkan bantuan dan doa.. Sedikit demi sedikit proses pembaikan dilakukan oleh encik suami.. Bermula dengan mengecat semula bilik air yang hitam berjelaga, kemudian bilik baca Sha.. Hari Jumaat petang baru kami keluarkan semua peralatan dapur letak kat luar.. Mana yang tak boleh pakai dan mana yang boleh dipakai lagi, semuanya perlu diasingkan.. Nak kena bersihkan perkakas dari debu pemadam api lagi.. Hari sabtu tengahari baru datang kontraktor baiki paip pembentung tu.. Dua jam je dah siap.. Alhamdulillah.. Kemudian hari Isnin baru pihak Selenggara Politeknik datang untuk baiki lampu.. 

Selepas kebakaran

Setelah dibaiki..

10 comments:

  1. uish..bahaya tu..syukur semuanya selamat ya sha

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah akak sekeluarga selamat. Allah sayang akak ngn family.

    ReplyDelete
  3. Pengalaman yg menakutkan namun syukur alhamdulillah tiada kerosakan besar apatah lagi kecederaan pada ahli keluarga puan. Allah pelihara dari mudharat yg lebih besar alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, semua selamat..

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah sha and keluarga tak apa2..apa puncah kebakaran dapur tu sha

    ReplyDelete
  6. Mujurlah masih dapat diselamatkan.

    ReplyDelete
  7. hua kak sha.... nasib baik Imani tidur lambat... scarynyaaa.. Alhamdullah semuaaaa dah ok... lepas ni penat mcm mna pun make sure check dapur tau kak sha...

    ReplyDelete
  8. Syukur semuanya selamat. Mujur Imani masih berjaga dan cepat bertindak.
    Syukur juga jiran jiran memberikan sumbangan dan membantu.

    ReplyDelete
  9. Syukur semua selamat sha..terkejut juga shida dapat tahu masa tu..bertabah dan bersabar ye sha..moga ade rezki lain lepas ni yg menanti :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »