Thursday, December 24, 2020

Pemulangan Buku Teks & Pengambilan Buku Teks

Assalamualaikum..
Hye semua..

Minggu lepas merupakan minggu akhir persekolahan buat anak-anak.. Hari Khamis (17.12.2020) sekolah pagi minta buat pemulangan buku teks.. Masa ini memang Sha bawa anak-anak sekali.. Rumah masih berbau terbakar dan penuh debu dari pemadam api.. Lemas rasanya.. Jadi ke sekolahlah kami memulangkan buku teks Amani dan Imani.. Mereka tak pulangkan semua buku.. Amani hanya pulangkan 12 buah buku, buku teks Anthology of Poem Year 4,5&6 tak perlu dipulangkan sebab akan terus digunakan sampai darjah 6.. Imani pula tak perlu pulangkan buku teks Superminds sebab akan digunakan lagi semasa darjah 2.. Alhamdulillah semua buku cukup tak perlu nak diganti..

Hari Jumaat (18.12.2020) pula ke sekolah semula untuk pengambilan buku teks Imani sahaja.. Amani punya buku teks belum ada lagi sebab batch Amani dah silibus baru.. Group Amani akan pakai buku baru.. Kemudian nanti baru cikgu maklumkan untuk ambil buku teks.. Alhamdulillah kami sampai awal, cikgu bagi pilih buku teks.. hehehe.. Nak pilih beria pun tak boleh juga sebab buku teks dah bertangan-tangan diguna, faham-faham jelah keadaannya.. Kalau rosak teruk Sha ganti je nanti.. sekarang ini mudah, dekat Shopee pun ada jual dah.. Yang penting anak-anak seronok nak guna dan belajar..
 
 Anthology of Poem Year 4,5&6

Superminds

5 comments:

  1. kalau dulu buku hilang last minit sebab ada sindiket curi pastu jual dekat kawan dorang dgan bayaran . Baik bayar je duit gnti dari curi

    ReplyDelete
  2. betullah, tiba2 teringat, kena kumpulkan buku2 adam ni, nanti susah silang pulak kan huhu

    ReplyDelete
  3. Anak-anak PH yg darjah 1 & 3 tak perlu pulangkan lagi buku teks, tunggu sekolah buka nanti. Yang si Abang shj kena pulang buku sebab next year dah Form 1.

    ReplyDelete
  4. masa zaman skolah dulu, hari pemulangan buku teks la plg best sbb tau dah tak belajar dah

    ReplyDelete
  5. Teringat kenangan pulangkan buku. risau kalau buku yang rosak tu.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »