Thursday, December 31, 2020

Random Photo #30 2020

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Entry terakhir mengenai random photo untuk tahun 2020.. Berjaya mencapai sehingga 30 entry untuk random photo ini.. Awesome.. Walaupun banyak kenangan pahit dan manis yang tercipta sepanjang 2020 ini, namun 2021 tetap perlu dilalui.. Tiada azam 2020 yang ingin Sha kupas atau azam 2021 yang ingin Sha kongsikan.. Setiap hari itu sangat berharga untuk dilalui.. Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua pada tahun 2021 ini..

Seronok dia dapat baju baru tapi Sha salah beli pula.. Kecik sikit saiznya.. Ukuran bahu dah okay tapi sebab dia tinggi jadi senteng bajunya..

Semangkuk ini RM2.. sedap nangkanya, manis.. Nangka kampung..

Ada kawan pejabat belanja.. Rezeki pagi Isnin.. Hehehe..

Akhirnya dapat buah mata kucing ini.. Pokok dia memang banyak dekat sekitar kawasan pejabat Sha, tapi tak pernah berjayalah dapat.. Hari ini ada, esok dah tak ada.. Kali ini merasalah sebab budak cutikan..

Tragedi 16.12.2020.. Kenangan dan pengalaman yang sangat berharga.. Bila-bila masa sahaja dan pada sesiapa juga boleh terjadi.. 

Alhamdulillah.. Selesai sudah proses pembaikan ruang dapur yang terbakar.. Kali ini encik suami tutup terus bahagian tingkap tu dengan aluminium.. Gelap sikitlah tapi terlindung dari pandangan orang dan juga gangguan katak pisang.. hehehe..

5 comments:

  1. sedapnya buah mata kucing. kat rumah saya pun ada pokok mata kucing ni tapi belum sempat nak makan habis tupai yg makan dulu :(

    ReplyDelete
  2. gangguan katak pisang? aduhhh dia masuk rumah ka kak sha?

    ReplyDelete
  3. Allahu macam Mana terbakar dapur tu sha.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »