Assalamualaikum..
Hye semua..
Alhamdulillah.. Minggu lepas selesai dah ujian bagi sekolah agama Imani.. Walaupun banyak dramanya setiap petang.. kikiki.. Ustazahnya maklumkan hari Jumaat (11.04.2025) petang mengenai ujian yang akan dijalankan minggu lepas (14-18/04/2025).. Minggu periksa ini memang sibuklah Imani, dengan latihan untuk hari sukannya, ujian sekolah agama lagi.. Tuisyen pula.. Hahaha.. Mak pun penat nengoknya..
Isnin petang tu bila ambil dia, dia kata tak sempat habis ujian sebab dia datang lambat.. Van ambil lambat sebab pelajar lain siap lambat.. Ustazahnya kata boleh sambung minggu depan Isnin.. Gitulah bila naik van.. Kena bersabar dengan kerenah pelajar yang lain.. Setiap petang lepas ambil dari sekolah agama, ada ja dramanya.. Layan jelah..
Minggu ini pula setiap petang dia bagi tahu keputusan ujian dia.. Alhamdulillah, ada yang okay.. Ada yang perlu lebih lagi usahanya.. Imani ini bila dapat markah bagus dia gembira, bila markahnya siit mulalah dia berdrama.. Jenuhlah mak memujuknya.. kikiki..
Ujian sekolah agama ini terpisah dengan subject macam math etc ya kak?
ReplyDeleteIni untuk sekolah sesi petang Fanny.. Memang belajar agama sahaja..
Delete