Wednesday, April 16, 2025

Coretan 17 Syawal 1446H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah semalam.. Boleh pula Sha tertinggal kunci kereta Sha dalam kereta MIL.. Ceritanya pagi tu encik suami datang dengan kereta MIL ke tempat kerja Sha.. Sha teman encik suami carikan sarapan MIL dan hantar ke MIL.. Lepas tu encik suami hantar Sha ke pejabat semula.. Sha memang tak perasan kunci kereta tu terjatuh dekat kerusi.. Encik suami pun tak perasan.. Sha sedar masa nak balik petang tu.. Lepas thumb print, jalan ke kereta.. Eh.. tak ada kuncinya dalam bag tangan.. Telefon encik suami, beliau dah keluar bawa kenderaan jabatan lah pula.. Terus Sha blank tapi cakap dengan encik suami, Sha selesaikan sendiri.. Sha ke bilik operator tanya ada tak nombor telefon teksi.. Mereka bagi Sha tapi mereka pun tak berapa yakin teksi tu ada lagi ke tak sebab sebelum ini bila telefon tak berjawab..

Sha cuba ja, alhamdulillah dapat.. Lega rasanya.. Akhirnya baliklah menaiki teksi dengan bayaran RM20.. Kikiki.. Sha memang kena balik cepat sebab nak ambil Imani di sekolah agama.. Imani keluar 5.30 petang, Sha sampai sekolah jam 5.45 petang.. Masa ini dah tinggal berapa orang ja budak di seklah agama.. Mujurlah Imani tak meragam.. Amani tak ada masalah kalau lambat pun sebab di rumah transit.. Boleh ja Sha call maklumkan lambat ambil.. Bila jadi macam ini, satu perkara yang Sha belajar.. Simpan nombor telefon teksi untuk kes kecemasan.. kikiki..

Kunci yang tertinggal..

Bagus perkhidmatannya.. Selepas selesai hantar Sha dia hantar mesej macam ini sebab dia gunakan teksi lain untuk ambil Sha.. Jadinya semalam Sha telefon teksi A tapi teksi A dah ada job.. Teksi A carikan teksi B untuk Sha.. Bila dah dapat, teksi A call Sha semula dan bagi tahu no plat, warna dan jenis kereta yang digunakan teksi B.. Bila teksi B sampai, sekali lagi teksi A call Sha maklumkan teksi B dah sampai.. Pada Sha, perkhimatan yang diberikan memang tiptoplah.. RM20 tu bayaran sehingga ke parking kuarters.. Pada Sha okaylah sebab Sha sorang je penumpang dia.. 

4 comments:

  1. Syukur dpt teksi yg baik...Mujur kunci kereta jatuh dlm kereta..=)

    ReplyDelete
  2. Bagus simpan nombor taxi ni, ada emergency boleh call je kan. Syukur kunci tu jatuh dlm kereta. Kalau tak jenuh juga nak mencari tu

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah
    Kalu asben ciknur selaluuu la cari kuncitak kunci ha haa letak tmpt lain cari tmpt lain

    ReplyDelete
  4. Untung akhirnya ketemu juga kak 😄👍. Masalah kunci biasanya suami saya yg suka lupa letak mana 😅. Sebab memang dia yg bawa mobil dan motor. Saya mana pernah 🤭

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com