Thursday, October 21, 2021

Iris House Hotel, Cameron Highlands

Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu lagi hotel yang ingin Sha kongsikan dengan awak-awak semua.. Hotel yang sangat best dengan harga yang berbaloilah pada Sha.. Hotel ini kalau korang stay dekat dengan KFC, Petronas, 7Eleven, Billion dan macam-macam lagilah.. Nak jalan kaki pun okay, naik kereta pun okay.. Jalan kaki penat sikitlah sebab mendaki bukit.. hehehe.. Tapi okay je sebab sejuk kan..

Sha tempah guna Agoda.. Macam biasalah bila check in kena letak deposit RM50.. Sha bayar bilik ini dekat Agoda RM106.66.. Siap dapat cash back dari Agoda RM1.02.. Bolehlah mengumpul.. hehehe.. Dia punya pekerja pun sangat cekap dan peramah.. Sampai je dia tanya nama dan bagi borang untuk kita isi.. Lepas tu dia bagi resit, kad kunci, password wifi dan maklumkan kerosakan tv.. Cuma tu lah, tak ada kipas ataupun aircond.. Bila masuk pukul 11 terasa lah hangat.. Mujur hujan, sejuk lah sikit bila malam.. 

Masuk je jumpa toilet dulu..

Ada shower.. Best sebab air laju gila.. Memang puas hatilah.. Cuma kena hati-hatilah untuk cari sejuk, suam dan panas sebab dia tak guna heater sebaliknya air panas berpusat..

Almari baju, peti ais, peti keselamatan dan cerek air.. Ada air mineral juga..

Ada penyangkut baju..

Cawan, air mineral dan cerek air.. Tak ada kopi, teh or gula ye.. Bawa sendirilah..

Maaflah ye penuh barang.. TV ada tapi tak boleh tengok.. Ada masalah sambungan Astro katanya..

Dua kerusi santai..

Dua katil queen.. Ada tuala dan juga mandian diletakkan atas katil..

Paling best ada beranda.. Boleh lepak-lepak kat luar ini.. Sejuk wei.. Sebab hujan.. hehehe..

8 comments:

  1. tak ada aircond tu yang tak best, nasib musim hujan tak terasa sangat panas kat dalam bilik dia ye..

    ReplyDelete
  2. murahnya..
    ammi ni ntah bila nak naik cameron lagi..rindu nak beli sayur

    ReplyDelete
  3. Rindunya nak bercuti di Cameron Highland bila baca entri Kak Sha ni.

    ReplyDelete
  4. ala kipas xde aircond xde..
    haha..
    sy ni jenis nk berkipas jgk walaupon sejuk.. kehkeh

    ReplyDelete
  5. Cameron sekarang dah tak sesejuk dulu kan. Tapi itulah memang hotel di sanan tak ada aircond atau kipas

    ReplyDelete
  6. Untung lah dah dapat jalan-jalan. Murah jugak tu harga hotel.

    ReplyDelete
  7. wah rindu cameroon highland

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »