Assalamualaikum..
Hye semua..
Ahad tu lepas gunting rambut, Sha singgah Behrang Resident beli nasi ayam gepuk untuk anak-anak makan.. Sekali keluar dari kedai, ada seorang lelaki berdiri tepi kereta Sha.. Dia tegur Sha bagi tahu kereta Sha overheat dan tunjuk air warna hijau bawah kereta Sha.. Dia suruh panggil towing.. Sha ucap terima kasih dekat lelaki tu.. Sha terus matikan enjin dan minta Imani keluar.. Sha buat panggilan telefon dekat encik suami dan menunggulah kami di situ.. Lepas encik suami datang, dia bawa kami balik dulu..
Petang dalam jam 5 lebih tu baru kami datang balik tengok kereta.. Encik suami bawa 5kg air paip dan isi semula dalam kereta.. Bila enjin mahu hidup, encik suami bawa balik kereta Sha tu terus ke kuarters.. Malamnya baru beliau buka dan tengok untuk cari masalah yang sebenarnya..
Awal tu encik suami cakap kipas tak pusing tapi malamnya bila dia periksa semula barulah jumpa masalah yang sebenar.. Masalahnya pada relay yang dah tak berfungsi.. Lepas tu bearing tayar depan dah sampai masa dia untuk tukar juga.. Bila encik suami periksa kereta, beliau jumpa juga kebocoran pada minyak break..
Semalam encik suami lapang terus beliau selesaikan urusan kereta merah tu.. Tukar bearing kiri kanan campur upah kenalah RM150.. Ini harga baram RM50 ja, yang mahal tu upah pasang.. huhuhu.. Beli relay dan tukar sendiri baru RM15.. Lepas tu encik suami beli coolant untuk isi semula dalam kereta, kenalah RM7.50..
Air yang mengalir keluar dari enjin kereta.. Mujurlah awal Sha matikan enjin dan tak bawa kereta, kalau tak memang nayalah.. Kerosakkannya akan jadi lagi teruk..
Alhamdulillah ade insan baik yg nk bgtau sha...
ReplyDeletenasib ada yg menegur ye...kadang kita ni bukan tau sangat pun pasal kereta
ReplyDeleteMujur jugak ada orang yang prihatin dan bagitau kita... kalau tak memang la kita ni tak tahu apa sangat
ReplyDeleteMujur org tu nampak...
ReplyDelete