Assalamualaikum..
Hye semua..
Jumaat (10.10.2025), seawal jam 7.30 pagi kami dah sampai Klinik Pakar Pergigian Pediatrik untuk proses kemasukkan ke wad sebelum ke bilik bedah.. Jururawat bagi borang untuk masuk wad dekat Sha untuk Sha bawa ke bahagian Hasil Hospital untuk proses pendaftaran.. Selesai urusan pendaftaran, Jururawat bawa Sha dan Imani ke wad 8.. Mula tu macam lambat lagi baru giliran Imani sebab Imani pesakit yang ke dua.. Dijangka kemungkinan jam 11 atau jam 12 baru Imani akan ditolak ke dewan bedah.. Sha pun tak adalah beria nak makan ke apa, risau Imani nak makan juga.. Imani kena puasakan sebelum pembedahan..
Jam 9 pagi, Jururawat datang nak pasang jarum, dah cucuk.. Sekali tak jumpa pula uratnya.. Jenuhlah betulkan, tak jumpa juga.. Sudahnya tak jadi pasang.. Imani dah menangis.. Sha pun lupa, Sha dah maklumkan dekat doktor nak pakaikan jarum dia dalam bilik bedah lepas dia kena bius..
Jam 9.20 pagi Jururawat datang nak tolak Imani ke dewan bedah.. Jam 10 pagi, Imani selamat dibawa basuk ke bilik bedah.. Sha teman sampai dia tidur baru keluar dan tunggu di ruang menunggu..
Jam 1 petang baru Imani ditolak keluar dari Bilik bedah.. Doktor maklumkan pembedahan berjalan dengan baik.. Potongan dibuat pada bahagian lelangit untuk ke dua-dua gigi.. 1 keluar dengan cantik, yang satu lagi kena pecahkan baru boleh dikeluarkan.. Kiranya lelangit Imani ada dua lubanglah.. Buat masa ini kena tunggu dulu setengah jam dekat ruang menunggu di dewan bedah.. Lepas pembedahan Imani dipakaikan splint untuk memberi tekanan pada bahagian lelangit Imani supaya tidak terus berdarah..
Berjaya pasang jarum kat tangan masa dalam bilik bedah.. Imani sedar jam 3 lebih.. Dia nak ke tandas lepas tu masa keluar dari tandas tu dia macam pening sikit.. Boleh dia terus duduk depan tandas.. Jenuh pujuk dia supaya bangun dan pergi ke katil.. Bila dia dah okay sikit dia cakap, dia ingat gigi atas dia dah tak ada semua.. Rupanya ada lagi bila dia tengok cermin.. Tak rasa gigi tu sebab dia pakai splint tu kan..
Pukul 4.45 petang, doktor datang tengok Imani.. Doktor bagi tahu, kalau tak ada apa, Sabtu boleh keluar.. Tapi Isnin kena datang untuk temujanji.. Doktor tanya Imani ada pening ke, sakit ke.. Imani geleng-geleng kepala ja.. Dia masih kurang selesa nak bercakap.. Doktor minta Sha bagi Imani makan makanan yang lembut-lembut dan sejuk ja..
Petang dalam pukul 6, encik suami datang hantar bubur dan air batu.. Sha suruh bawa pengecaj telefon juga..
Malam dalam pukul 8, jururawat datang bagi ubat antibiotik.. Tengah masukkan ubat, Imani muntah.. Jururawat tu cakap, muntah tu reaksi biasa kesan dari ubat bius.. Sha risau juga tiba-tiba muntahkan.. Jam 9 lebih Imani diberikan ubat tahan sakit pula.. Alhamdulillah.. Setakat seharian ini Imani tak ada mengadu sakit atau merengek.. Imani banyak tido ja.. Tak pastilah sama ada kesan bius ke atau memang dia mengantuk.. Malam pun dia tidur tak ada meragam, Sha jelah kejap-kejap jaga.. Risau dia tak selesa..
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..