Wednesday, October 1, 2025

US/Thailand | Alien: Earth (TV Series 2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha ini tak adalah minat sangat cerita alien ini.. Sha lebih suka Predator.. Tapi Sha tertarik nak tengok drama bersiri ini sebab ada komunikasi antara alien dan manusia synthetic.. Sha terjumpa sebenarnya klip pendek komunikasi manusia synthetic tu dengan alien.. Tu yang gigih juga tengok drama ini..

Marcy atau kemudiannya dipanggil Wendy merupakan model manusia synthetic.. Kemudiannya syarikat mendapatkan lagi beberapa budak untuk menemani Wendy.. Wendy ini dia masih memilik kesedaran sebagai Marcy dan sentiasa merindui serta memerhati abang dia Joe.. Sampailah satu hari berlaku rempuhan kapal angkasa dan Joe terlibat dalam misi menyelamat.. Masa ini Wendy dan rakan-rakan dia dihantar untuk menyelamatkan Joe dan mengambil semua sample makhluk asing yang ada dalam kapal..

Bila dah berjaya dapatkan sample dan selamatkan Joe, syarikat membawa balik sample tersebut ke pulau untuk dikaji.. Joe tercedera dan paru-paru dia diganti baru.. Paru-paru yang rosak diberi kepada larva yang diambil dari facehugger alien.. Wendy kemudiannya diketahui boleh berkomunikasi dengan alien melalui bunyi.. Jadinya Wendy ini diarahkan untuk berkomunikasi dengan alien yang akhirnya keluar dari larva yang dimasukkan ke dalam paru-paru Joe.. Sudahnya Wendy dan alien tu jadi kawan baik..

Drama ini bukan setakat kisah Wendy ini sahaja tapi adalah watak-watak lain.. Cumanya taklah sepenting Wendy ini sebab dia watak utama kan.. Kalau tengok penamat macam akan ada season 2.. Tapi kalau tak ada pun, okay ja pada Sha..

Alien: Earth
Taglines: 'In 2120, Mother Earth is expecting.'
2025 ‧ Horror/Sci-Fi/Thriller ‧ 1 season
When a mysterious space vessel crash-lands on Earth, Wendy and a ragtag group of tactical soldiers make a fateful discovery that puts them face-to-face with the planet's greatest threat.


S1.E1 ∙ Neverland
S1.E2 ∙ Mr. October
S1.E3 ∙ Metamorphosis
S1.E4 ∙ Observation
S1.E5 ∙ In Space, No One...
S1.E6 ∙ The Fly
S1.E7 ∙ Emergence
S1.E8 ∙ The Real Monsters

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com