Assalamualaikum..
Hye semua..
Alhamdulillah.. Berakhirlah sudah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) untuk Amani dan juga Imani.. Rasanya macam serentak ja sekolah-sekolah kawasan Sha ini buat UASA.. Okaylahkan sebab tak lama lagi nak SPM pula.. Terkejar-kejar guru nak selesaikan apa yang patut..

Amani mula periksa dulu dari Khamis (23.10.2025) hinggalah hari ini.. Habis cuti Deepavali terus periksa.. Memang tak senanglah bercuti.. kikiki.. Sepanjang UASA ini Amani memang wajib pakai seragam sekolah.. Tak boleh pakai baju sukan..

Imani pula mula periksa dari hari Isnin (26.10.2025).. Pemakaian Imani Sepanjang UASA ini ikut jadual waktu katanya.. Jadinya Imani pakai seragam sekolah hari Isnin, Rabu dan Khamis ja.. Selasa dia pakai baju sukan.. Okaylah, tak adalah pening Sha menguruskan baju dia sebab duduk dekat transitkan..

Selasa (27.10.2025) tu pula sekolah agama Imani buat majlis khatam Al-Quran.. Sekolah minta bawa 5 biji telur rebus ja.. Tanpa bunga telur.. Kira okaylah.. Sha kirimkan telur dekat rumah transit ja..

























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..