Koleksi Novel Seram dan Misteri #4 - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Monday, December 14, 2015

Koleksi Novel Seram dan Misteri #4

Assalamualaikum..

Minat membaca? Suka yang misteri dan seram? Xtau nk baca apa? Jom baca entry sha ini..Sha rajin menyinggah di karangkraf mall.. cepat, mudah dan senang.. Pilih je buku apa yang kita nak, bayar dan tunggu..
Tambah-tambah musim cuti ini, mesti ramai manusia dekat shopping complex dan kedai buku kan..
Melalut pula.. Jom tengok review sha..


Pendamping oleh Zyra Safiya
Ulasan sha : Novel yang sangat misteri dan mistik.. Kalau nak tau pasal kembar air bolehlah baca novel ini.. Macam2 cara yang manusia sanggup buat demi memuaskan keinginan hati.. Walaupun perkara yang dibuat menyalahi agama. Ibu Bapa juga memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah anak2. Mengawal, memerhati, memantau,  menasihati dan juga menerima kekurangan anak boleh membantu anak membesar dengan baik.. Walaupun anak angkat, tetap anak.. Kesalahan dan kejahatan mak bapa bukan menjadikan anak itu juga jahat. Jangan terlalu mudah berjanji pada apa yang tidak kita ketahui tapi mohonlah pada Allah jalan penyelesaian yang sepatutnya.


Antologi Mistik Jembalang
1. Runcing 2 - Zharulnizam Shah Z.A
Ulasan Sha : Cerita mengenai manusia yang bertuankan makhluk yang tidak sepatutnya. Mengenakan santau pada orang yang tidak berdosa hanya kerana dendam dan dengki. Cerita ini agak bercelaru dan tergantung, mungkin ada sambungan ataupun cerita ini sambungan dari mana2 novel penulis ini.
2. Bidadari Pencabut Nyawa - Riduan Judin
Ulasan Sha : Citer yang best. Semuanya bermula dengan kerakusan manusia. Maka muncullah Bidadari Pencabut Nyawa yang kerjanya menyesatkan manusia dan membunuh. Citer yang mengambil Sabah sebagai latar citer.. Hanya kerana cubaan meneroka yang berakhir dengan kematian makhluk yang memang ada dan wujud bersama kita. Cerita tanpa pengakhiran yang kukuh..
3. Misteri Rumah Pasung - Jessy Mojuru
Ulasan Sha : Memang misteri betul..Watak yang hilang ingatan, tercampak disebuah rumah. Perempuan yang telah berada di rumah tersebut sekian lama.. Misteri perempuan bernama wawa dan rini. Siapakah ridwan dan herman?? Kemunculan nenek memberi petunjuk akan misteri yang membelengu..Bagaimanakah kesudahannya?? Kenalah baca..
4. Tetamu Siang - Ramlee Awang Murshid
Ulasan Sha : Misteri dan menakutkan betul cerita ini. Terganggulah juga tidur sha selepas membacanya.. Baca pula waktu malam.. Terbayang-bayang.. Hahahaha.. Cerita yang digarap dengan penuh suspen.. Membuatkan jiwa kita terkesan dan terganggu. Asasnya satu iaitu berpeganglah pada agama Islam, laksanakanlah suruhannya. Jangan sesekali terpedaya dengan godaan syaitan yang direjam.. Hijab manusia itu seeloknya biarlah terbatas. Cerita ini menggambarkan tajuk novel ini. Ohsem. RAM memang tidak mengecewakan. Kalau diteruskan dan digarap menjadi novel penuh, mesti lagi ohsem..

Oh ya, saja nak share.. Sebelum sha baca Tetamu Siang tu pada waktu malam, siangnya sha tengok citer seram (Hindi). Kemudian sebelah malamnya sha baca Tetamu Siang, sambil intai-intai Filem Villa Nabila. Sudahnya malam tu x boleh nak tidur... Hahaha.. Berjaya menakutkan diri sendiri..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..