Wednesday, December 30, 2015

Review - Perasmian MBO Cinema Central Square Sungai Petani, Kedah

Assalamualaikum...
Hye kengkawan... Baru-baru ini team #projekbloggerutara telah dijemput untuk menyertai Perasmian MBO Central Square Sungai Petani, Kedah.


Pembukaan Rasmi MBO Central Square bersama tetamu istimewa ZERO juara Maharaja Lawak Mega 2014 ini telah diadakan pada 26 December 2015. MBO Central Square ini merupakan pawagam ke 26. Dengan pembukaan terbaharu ini, MBO Cinemas kini menawarkan sebanyak 191 skrin di seluruh negara.

MBO Cinemas Central Square Sungai Petani menyediakan lapan dewan yang terdiri daripada 1,157 tempat duduk, dengan dewan terbesar mampu menampung sehingga hampir 300 orang.


Menurut Encik Cheah Chun Wai, Pengarah Pemasaran dan Jualan MBO Cinemas, Sungai Petani adalah lokasi ketiga di Kedah Darul Aman selepas Alor Star Mall di ibu negeri ini dan juga Landmark Central di Kulim.

Pawagam MBO di seluruh Malaysia manawarkan pelbagai kelainan menonton wayang serta keistimewaan kepada pengunjungnya. Antaranya...
  • Merupakan pawagam pertama beralih dari projeksi filem 35mm kepada projeksi digital sepenuhnya pada kesemua skrin
  • Menawarkan pengalaman sinematik yang selesa, menarik dan tidak dapat dilupakan 
  • Menerapkan ciri teknologi terkini iaitu kerusi penggerak bergetar dengan bunyi filem & sistem audio Auro 11.1 3D, yang menyediakan 3 lapisan pembesar suara beserta simulasi akoustik 3D paling semulajadi 
  • Selain ganjaran teknikal, pengunjung juga boleh menyertai secara percuma & mendapat kelebihan dengan MBO Starclub yang mana ahli AllStar layak untuk menikmati pelbagai ganjaran dengan menggunakan StarPoints untuk menebus tiket pawagam percuma, popcorn, minuman dan item eklslisif premium 
  • Merupakan satu-satunya pawagam dengan program kesetiaan yang menawarkan pelbagai faedah dan keistimewaan (lorong istimewa keahlian, tiket filem percuma pada bulan hari jadi & tayangan percuma khas untuk ahli) 
  • Tempahan tiket atas talian yang mudah & boleh menggunakan telefon bimbit secara percuma
  • Harga tiket adalah sama untuk tayangan wayang 2D & 3D 
  • Menerapkan konsep 'Blockbuster Setiap 20minit', dengan tayangan filem-filem blockbuster sertiap 20minit pada waktu puncak supaya pengunjung tidak perlu menunggu lama

Jom layan gambar geng-geng Blogger yang pergi masa Perasmian tu..









Untuk makluman semua, acara pembukaan rasmi ini juga dimeriahkan lagi dengan sesi pemberian voucher kepada pengunjung yang menunjukkan kad AllStar ataupun mereka yang menyertai keahlian secara serta merta. Terdapat juga sesi cabutan bertuah & pemainan. Para pengunjung bertuah yang hadir pada hari pembukaan ini ada yang telah berjaya memenangi telefon bimbit Vivo, jamtangan Ice, dan juga item premium MBO Cinemas.






Ini la voucher sumbangan MBO Cinemas untuk #projekbloggeruatara, Alhamdulillah

http://www.mbocinemas.com/visLtyHome.aspx
 Anda juga boleh mendaftar sebagai MBO Starclub untuk mendapatkan tawaran istimewa seperti di bawah..

http://www.mbocinemas.com/visLtyHome.aspx
Antara yang menarik sekiranya menyertai MBO Starclub..

Jadi kepada mereka yang berada di Sungai Petani, Kedah apa tunggu lagi.. Jomlah beramai-ramai kita serbu MBO Central Square, Sungai Petani.

MBO Cinemas Central Square
5th Floor, Central Square,
Jalan Kampung Baru,
Taman Patani Jaya,
08000, Sungai Petani, Kedah

Laman web rasmi :

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com