Tuesday, December 22, 2015

Qazaf

Assalamualaikum..
Sekadar berkongsi apa yang Sha baca..

QAZAF
Qazaf atau menuduh orang lain berzina termasuk dalam Hukum Jenayah Islam iaitu Hudud. Antara lain yang termasuk dalam hudud  ialah Zina, mencuri, merompak, minum arak dan murtad.

PENGERTIAN QAZAF
Qazaf ialah melemparkan tuduhan zina kepada orang lain  yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya.Jika sekiranya ia hanya menuduh seseorang lain mencuri, minum arak, murtad, termasuk juga mencaci yang boleh menjatuhkan maruah maka ia hanya di kenakan hukuman ta'zir.

DALIL QAZAF
Firman Allah S.W.T:
"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa 4 orang saksi, maka sebatlah mereka dengan 80 kali sebatan dan janganlah kamu menerima penyaksiannya itu selama-lamanya, kerana mereka itulah orang-orang yang fasik"( Surah An-Nur:4)

SYARAT PENUDUH DAN YANG DITUDUH
Seseorang yang menuduh orang lain berzina mestilah mempunyai syarat-syarat berikut:
  1. Berakal
  2. Baligh
  3. Kemahuan sendiri
  4. Tahu qazaf itu haram
  5. Bukan ibubapa atau datuk dan ke atas kepada penuduh.
Manakala orang yang dituduh itu pula mesti juga  mempunyai syarat sebagaimana berikut:
  1. Dikenalpasti orangnya.
  2. Seorang yang baik dan bersih daripada perbuatan zina dan terpelihara kehormatannya  dari sebarang kejahatan.

HUKUMAN QAZAF
  1. Hukuman qazaf ialah sebatan sebanyak 80 kali sebatan jika penuduh gagal membawa 4 orang saksi.
  2. Jika tuduhan tersebut bukan tuduhan zina atau menafikan keturunannya maka ia hendaklah dijatuhkan hukuman ta'azir.
  3. Jika penuduh tidak cukup syarat yang membolehkan hukuman qazaf dijalankan maka  ia boleh  dikenakan hukuman ta'azir.
  4. Jika sekiranya tuduhan tersebut adalah liwat ( memasukan zakar kedalam dubur lelaki atau perempuan ) tanpa mendatangkan bukti yang boleh menyokong tuduhannya maka samalah seperti menuduh seorang itu melakukan zina.

BENTUK-BENTUK QAZAF
Tiga cara melakukan qazaf iaitu:
a.       Tuduhan secara terang ( Sorih)
Tuduhan yang menggunakan perkataan-perkataan yang jelas dan tetap yang membawa makna zina dan penafian keturunan maka hukumannya adalah hukuman qazaf.
b.      Tuduhan secara kiasan (Kinayah )
Tuduhan dengan menggunakan perkataan lain tetapi boleh juga membawa kepada zina atau lainnya jika niat zina maka hukumannya adalah hukuman qazaf. Hukuman ta'azir jika tidak niat zina.
c.       Tuduhan secara sindiran ( Ta'ridh)
Tuduhan yang menggunakan perkataan-perkataan yang tidak jelas dan tidak tetap tetapi boleh  memberi makna yang lain daripada zina maka jika niat zina maka hukumannya adalah hukuman qazaf. Hukuman ta'azir jika tidak niat.

PENSABITAN QAZAF
Qazaf boleh disabitkan dengan salah satu dari bukti-bukti berikut:
a.       Penyaksian
Penyaksian 4 orang saksi yang mempunyai ciri-ciri berikut:
  1. Lelaki
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Adil (Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa kecil)
  5. Islam
  6. Keempat-empat saksi mestilah benar-benar melihat dengan matanya sendiri
  7. Keterangan saksi mestilah jelas
  8. Keempat-empat saksi mestilah melihat ditempat dan masa yang sama
  9. Pengakuan - Pengakuan sendiri dari orang yang membuat tuduhan dengan sekali pengakuan di mahkamah.
  10. Sumpah
Jika orang yang dituduh tidak mempunyai sebarang bukti untuk menolak dan mengenepikan tuduhan dari penuduh,. Maka orang yang kena tuduh itu hendaklah meminta kepada orang yang membuat tuduhan supaya bersumpah di atas kebenaran tuduhannya.

MENOLAK DAN MENGENEPIKAN TUDUHAN QAZAF
Untuk menolak dan mengenepikan tuduhan qazaf, pihak orang yang didakwa membuat tuduhan palsu zina itu mestilah melakukan salah satu perkara-perkara berikut:
a.    Menolak dan mengenepikan dakwaan kesalahan qazaf dengan mengemukakan dan membawa saksi-saksi tanpa dibataskan kepada bilangan yang tertentu.
b.    Menegaskan bahawa orang yang dituduhnya itu mengakui kebenaran tuduhannya. Untuk membela dirinya memadai dengan mengemukakan dua orang saksi
Mengaku membuat kesalahan qazaf. Dalam kes ini, orang yang membuat tuduhan mestilah membuktikan kebenaran  tuduhan zina yang dituduhkan ke atas orang yang dituduhnya itu dengan mengemukakan 4 orang saksi mempunyai ciri seorang saksi.

Disusun Oleh:
Hj. Khairuddin bin Haiyon
PP Bahagian Dakwah
(Unit Penerangan dan Penerbitan)

Info dari Laman Web JAIS

1 comment:

  1. okeh ! ingat dah.. lupa2 ingat.. rasa macam pernah dengar time sekolah2 dulu.. kini, otak kembali ligat berputar.. heh2

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com