Saturday, June 19, 2021

Drama China | Ancient Detective (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini Sha saja tengok episod satu.. Eh!! Best la pula, teruslah layan sampai habis.. Kisah seorang lelaki bernama Jian Bu Zhi yang cuba menyiasat kisah 8 tahun lepas berkaitan kematian ayahnya dan kehilangan mayat penjahat bernama Devil Wang Hua.. Jian ini tak boleh berlawan pun tapi sangat pandai menyiasat.. Sepanjang pencarian Jian, Jian berjaya menyelesaikan beberapa kes pembunuhan dengan bantuan Zhao Wo Han yang asalnya tak ada kemahiran kungfu pun tapi berjaya menguasai kunfu hanya dengan berpandukan sebuah buku kungfu yang diberikan Jian.. Namun dalam masa yang sama setiap kali Jian berjumpa dengan 4 orang ketua yang ada bersama dengan bapanya 8 tahun dulu, pasti akan ada yang bunuh ketua-ketua tersebut.. Ada yang cuba menghalang Jian dari mengetahui kisah sebenar.. 

Sha suka drama ini sebab ada penyiasatan dan misteri yang perlu diselesaikan watak utama.. Hero kedua pula ada perubahan, dari tak berapa mahir berubah kepada semakin mahir dengan bantuan buku dan orang disekeliling beliau.. Ada perkembangan.. Satu je yang tak best.. Walaupun Sha berjaya teka rahsia 8 tahun dulu tu, tapi penamat dia tak best.. Seolah-olah akan ada season 2.. Tu yang letih tu..

Suka tengok kerjasama antara Jian Bu Zhi dan Zhao Wo Han.. Saling melengkapi..

Drama: Ancient Detective
Also Known As: Xia Tan Jian Bu Zhi
Director: Ma Yi Heng
Screenwriter: Wu You, Pang San Jing
Genres: Historical, Mystery, Romance, Wuxia, Martial Arts
Country: China
Episodes: 24
Aired: Apr 8, 2020 - Apr 29, 2020
Aired On: Wednesday
Original Network: Youku
Duration: 45 min.
The story follows the amnesiac detective Jian Buzhi who starts on a quest to finding the truth and unmasking his father's killer. Along the way, he finds a love interest and a good friend who work hand in hand with him to solve mysterious cases.
(Source: chinesedrama.info)


6 comments:

  1. ada tengok kat Rakuten Viki..tapi tk habis tengok..tetiba Viki kena subscribe pula..tak sambung tengok..

    kalau youku, mesti ada di youtube..boleh sambunglah cari lepas ni..

    ReplyDelete
  2. Asalamualaikum. Singgah membaca di blog anda. Boleh cuba cari drama ni. Nampak best jek :D

    https://dindamaisarra.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Suka tengok cerita penyiasatan cam ni. Nak kena cari ni...

    ReplyDelete
  4. muka ada iras2 jerry yan F4😆

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »