Tuesday, June 15, 2021

Nasi Goreng Cili Tuna

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha saja try and error buat nasi goreng menggunakan tuna dalam tin ini.. Tuna ini lebihan Sha makan dengan roti.. Anak-anak Sha tak nak makan tuna ini dengan roti, jadinya Sha campurkan dalam nasi.. Bila buat nasi goreng, elok je diorang makan.. Bertambah-tambah lagi.. Cumanya tak adalah sayur atau bahan tambahan lain.. Nasi goreng ekspress je ni.. hehehe.. Rasa dia menarik pada Sha tambahan pula Sha guna Tuna Chili jenama Ayam Brand.. Jadinya adalah rasa pedas-pedas sikit.. Kalau nak tambah sayur pun okay je, lagi berkhasiat.. Masak ini kena try and error.. Kalau tak jadu, cuba lagi dan lagi.. Lama-lama mesti jadi.. InsyaAllah.. Sha pun bukanlah pandai sangat, lebih pada cuba-cuba.. 

Sha guna tuna ini.. Makan dengan roti sedap, campur dalam nasi goreng pun sedap.. Tak pedas sangat sebab kepedasannya 3 je.. hehehe.. Sebelum makan dengan roti, selalunya Sha akan panaskan dulu dalam kuali.. Kalau terus makan dari tin, rasa dia tak berapa menarik.. hehehe..

Nasi Goreng Cili Tuna
Bahan-bahannya
Nasi
Lebihan Tuna (Tuna Ayam Brand)
Telur
Sedikit minyak/mentega Adele/plant
Sedikit perencah nasi goreng cina Seri- Aji

Cara Memasak
1. Panaskan minyak/mentega Adele/plant kemudian pecahkan telur dan kacau..
2. Masukkan lebuhan tuna dan nasi ke dalam kuali.. Taburkan sedikit perencah nasi goreng dan kacau rata..
3. Siap untuk dihidangkan..

10 comments:

  1. selain buat nasi goreng, campur dalam pasta pun layan jugak kak

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi buat nasi goreng guna cili tuna ni... menarik lah

    ReplyDelete
  3. nasi goreng simple mcm ni yg sedap tu..

    ReplyDelete
  4. Saya pun suka makan tuna ayam brand ni. Selalunya makan dengan roti dan biskut. Tak pernah cuba lagi masak nasi goreng.

    ReplyDelete
  5. Biasa makan dengan roti, tak pernah lagi letak dalam nasi goreng, tapi macam menarikkk idea kak sha hehehe

    ReplyDelete
  6. menariknya..boleh cuba nanti..sha tq :)

    ReplyDelete
  7. Idea yang menarik selalu makan dengan roti je. Agaknya kalau pandai masak yang lain boleh campak juga kut.

    ReplyDelete
  8. tak pernah lagi guna tuna ni buat nasi goreng. Biasanya makan dengan roti je. Boleh try nanti hehe

    ReplyDelete
  9. i love this kind of simple food :)

    ReplyDelete
  10. aida x pernah try. tapi mcm nampak sedap plak.
    aida kalau beli tuna mayonis.
    tak kerap beli, sebab asben tak makan tuna, kan.
    so sesekali anak2 nak, beli la.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »