Assalamualaikum..
Hye semua..
Buku menarik mengenai hubungan kekeluargaan dan juga persahabatan.. Seawal novel bermula dengan kisah perkenalan dan perkahwinan ayah ibu kepada Fatimah.. Kemudian barulah diteruskan dengan kisah Fatimah yang obes disebabkan kasih sayang ayahnya selepas ibunya dikhabarkan meninggal dunia di Paris..Ayah Fatimah memanjakan beliau dengan makanan yang sedap-sedap tanpa sekatan sehinggakan Fatimah menjadi Obes.. Dari sekolah hinggalah masuk ke alam perkerjaan.. Bukan mudah untuk Fatimah mendapatkan pekerjaan bila kebanyakkan syarikat memandang rendah dengan fizikal Fatimah hinggalah pensyarah universitinya membantu.. Fatimah berkerja sebagai jurugambar disebuah majalah fesyen dan Fatimah berjaya membuktikan bahawa fizikalnya tidak menghalang beliau untuk memberikan hasil yang bombastik dalam pekerjaan..
Menariknya novel ini turut menerangkan mengenai cara diet dan senam yang betul dalam menjaga pemakanan dan kesihatan diri.. Bukan sahaja orang yang obes perlu menjaga diri tetapi orang yang kurus juga..
Sha baca pada 22.06.2021 dan selesai pada 23.06.2021..
Sha baca secara percuma di Google Play Books..
Published 2011 by PTS One
betul. kurang2 kalau yang gemuk boleh nampak effect pengambilan kalori berlebihan. Kalau yang kurus ni tau2 arteri dah tersumbat dengan lemak.
ReplyDeletekalau wujud org mcm fatimah ni kat dunia nyata pasti inspiring kisah hidupnya👍👍
ReplyDeletecantik cover buku
ReplyDeleteCantiknya cover.. selalu org akan menilai luaran dr dalaman
ReplyDelete