Tuesday, September 21, 2021

Resepi Sup Ketam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Resepi asal Oleh: Azie Kitchen.. Sha olah ikut bahan yang ada dekat rumah je.. Janji jadi sup ketamnya.. hehehe.. Kita yang masak dia kan.. Lama dah Imani minta masakkan ketam.. Susah nak jumpa ketam biru ini.. Bila jumpa, Sha belilah 3 ekor.. Imani dengan Sha je yang makan ketam.. kikiki.. Jomlah tengok resepinya.. Tapi minta maaflah ye, lupa pula nak ambil gambar lepas dah siap.. Kikiki.. Teruja nak makan.. Gitulah..

Bahan bahan:
3 ekor ketam - potong 2
2 biji ubi kentang
Garam
Minyak

Bahan tumbuk:
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
20 biji lada putih

Cara cara:
Tumbuk kasar semua bahan tumbuk.. Panaskan sedikit minyak.. Tumis bahan tumbuk sehingga garing.. Masukkan air, ketam dan kentang yang dipotong dadu.. Biarkan sampai kentang empuk dan ketam masak.. Tutup api dan perasakan dengan garam..

10 comments:

  1. ayu pun suka refer Azie.kitchen bila bab masak2 ni..resepi dia memang boleh dipercayai

    ReplyDelete
  2. SA memang suka kalu sup ketam..manis..suka hirup kuahnya...

    ReplyDelete
  3. Good sharing..alahai pic selepas masak xde plak 😂😂

    ReplyDelete
  4. ha'ah betul memang susah sikit nak jumpa ketam biru ni. Mesti Imani happy dapat makan ketam hehe

    ReplyDelete
  5. Mudah nampak cara penyediaannya tu. Sedap juga makan sup ketam sesekali, kan.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya.. Tp ammi terbayang nak makan rasam letak ketam. Sedapnya

    ReplyDelete
  7. sedapnyaaa..shida tak pernah lagi masak sup ketam..boleh cuba nnt..

    ReplyDelete
  8. Ketam masak lomak cili api....walah. Ni bulan tengah mengambang isi ketam penuh ni.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com