Sunday, September 19, 2021

ebook | Bukan Rahsia Lagi oleh Maya Iris

Assalamualaikum..
Hye semua..

Insyirah.. Wataknya agak menjengkelkan dan memberikan rasa geram pada Sha yang membaca.. Terlalu kemaruk nak kahwin sehingga lupa yang dia sepatutnya fokus pada pelajaran.. Bila Izzat menghilang, pelajarannya terganggu.. Kemudian bila bertemu semula, Insyirah bertindak seperti orang yang tak ada pendirian.. Nak mengelakkan Izzat sampai sanggup melayan Mohsin yang dah berkahwin.. Kerana perangai kurang matang Insyirah, akhirnya dia terlantar di hospital.. Izzat pula nampak agak matang dalam mengendalikan masalah yang menyebabkan hubungan mereka terputus.. Rahsia yang tak disangka.. Walaupun nampak macam rahsia tu kecil namun bila dilalui disaat diri kepenatan, pasti mengundang keadaan yang tak menyenangkan..

Penulis berjaya menyimpan rahsia yang menyebabkan hubungan Izzat dan Insyirah terputus dengan cantik hingga ke hujung cerita.. Walaupun novel ini santai namun penulis berjaya menyampaikan beberapa isi yang pada Sha sangat menarik.. Memang ohsem..

Sha baca pada 15.09.2021 dan selesai pada 17.09.2021..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published September 2017 by Anaasa Publication

5 comments:

  1. rumah dalam cover photo tu sangat popular!

    ReplyDelete
  2. Covernya cantik dan jalan cerita nampak menarik.

    ReplyDelete
  3. hmmm kalau watak menggatal dengan suami orang ni memang tak syok nak layan

    ReplyDelete
  4. maya iris ni rasanya cerita dia bagus juga. oh pernah lah baca novel dia terbitan PTS.

    ReplyDelete
  5. Jenis tak fokus nak study ni. Wahh blue boat house perth hotspot traveller jadi cover.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com