Assalamualaikum..
Hye semua..
Aduh.. Stress betul baca novel ini.. Bengang gila dengan perangai Raina.. Melawan mak ayah tu satu hal.. Bila hendak dikahwinkan, boleh pula dia buat fitnah kata mengandungkan anak si Farel.. Farel pula demi nak menutup umpat keji orang kampung setuju je kahwin dengan Raina.. Raina buat hal lagi bila dah kahwin.. Malam pertama dia pergi lari dengan lelaki lain.. Sudahnya kena jual dekat rumah urut dan akhirnya jadi GRO.. Walaupun tak suka tapi kemain lagi aksi menggeletis dengan si Emad.. Bila Farel berjaya tebus Raina, ingatkan berubahlah.. Ego juga.. Farel pun bila dah ke bandar, nampaklah ego seorang budak bandar.. Elok sangatlah tu..
Buku ini ada je pengajaran.. Macam Raina, kalau dia tak buat hal, takde nya ayah dia nak kahwinkan dia.. Kalau Raina tak lari, tak adanya kena jual dan jadi GRO.. Cuma.. Entahlah.. Memang tak kena.. Stress nak habiskan bacaan..
Sha baca pada 09.09.2021 dan selesai pada 10.09.2021..
Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published February 2015 by Intens Idea
novel cerita berat ni. Baca ringkasan pun dah boleh buat rasa geram pada Raina ni.
ReplyDeleteOkey, sebab Sha yang suka buku pun stress nak habiskan bacaan, akak KIV dulu buku ni hehehe
ReplyDeletewaduh kalau stress ni memang bikin sakit hati lor
ReplyDeleteKonflik sangat ni. Puncanya dalam cerita ni ada lah perempuan
ReplyDeletehahahhaa ada juga manusia yang suka hidup undang masalah ek
ReplyDelete