Showing posts with label Derma Darah. Show all posts
Showing posts with label Derma Darah. Show all posts

Friday, August 14, 2026

📷 Coretan Sehari | 14 Ogos 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sarapan apa pagi ini?? Sha makan nasi kerabu separuh dengan lauk telur masin.. Beli nasi kerabu, memang kena minta separuh.. Kalau dia bagi yang biasa tu, memang tak habislah.. Banyak.. Tapi berbaloilah sebab RM8 sekali lauk..

Pemandangan pagi ini.. Pagi ini encik suami hantar Sha pergi kerja.. Masa lalu atas bukit nampaklah pemandangan ini.. Sejuk ja..

Cubaan terakhir untuk menderma darah tak berjaya.. Nampaknya memang kena putus asa lah.. Hari ini bacaan hb Sha 10.3 sahaja.. Jauh lebih rendah dari biasa.. Tak ada rezeki Sha nak menderma darah..

Friday, July 24, 2026

📷 Coretan Sehari | 24 Julai 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini encik suami yang hantar Sha ke pejabat.. Sempatlah bersarapan bersama.. Petang pula Sha ikut ceramah agama Sakinah Dalam Keluarga, Barakah Dalam Kerjaya oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri..

Sha sarapan awal sebab nak menderma darah namun tak berjaya juga.. HB Sha 12 ja kali ini.. Tak apa.. Minggu depan kita cuba lagi.. Encik suami risau lah juga sebab HB Sha kekal rendah dah tiga minggu berturut-turut..

Ambil ubat juga pagi ini dekat farmasi.. Dapatlah bekalan untuk 2 bulan.. 

Ringkasan: Sakinah Dalam Keluarga, Barakah Dalam Kerjaya oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

1. Keluarga yang sakinah bermula dengan hati yang dekat kepada Allah
Sakinah bukan sekadar rumah yang aman tanpa pergaduhan, tetapi ketenangan yang lahir apabila setiap ahli keluarga mengutamakan iman, solat, doa dan akhlak. Suami isteri perlu saling menghormati, bertolak ansur dan menjadikan kasih sayang sebagai asas rumah tangga.

2. Rezeki yang berkat lebih penting daripada rezeki yang banyak
Barakah bukan diukur melalui jumlah gaji semata-mata, tetapi bagaimana rezeki itu diperoleh dan dimanfaatkan. Pekerjaan yang dilakukan dengan amanah, jujur dan ikhlas akan membawa keberkatan kepada diri dan keluarga.

3. Kerjaya adalah satu ibadah
Setiap tugas, walaupun kelihatan kecil, boleh menjadi ibadah apabila dilakukan dengan niat kerana Allah. Menepati waktu, menjaga amanah, tidak culas dan memberi perkhidmatan terbaik merupakan sebahagian daripada akhlak seorang Muslim.

4. Kejayaan di tempat kerja bermula dari rumah
Rumah yang dipenuhi ketenangan akan melahirkan pekerja yang lebih fokus, sabar dan positif.
Begitu juga, pekerja yang membawa pulang akhlak yang baik akan mewujudkan suasana keluarga yang lebih harmoni.

5. Jangan abaikan keluarga demi kerjaya
Kerjaya penting, tetapi keluarga ialah amanah. Keseimbangan antara tuntutan kerja dan tanggungjawab terhadap pasangan, anak-anak serta ibu bapa perlu sentiasa dijaga.

Sempatlah berswafoto..

Friday, July 17, 2026

Misi Tidak Berjaya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Misi Sha hari ini tidak berjaya.. HB Sha masih rendah.. Hari ini 12.1 ja bacaannya.. Jadinya tidaklah berjaya menderma darah.. Tak apa, minggu depan kita cuba lagi.. Kena cuba sampai berjaya.. kikiki.. Sha kena cari buah prune juga nampak gayanya ini.. Jambu ja tak jalan.. kikiki.. 

Korang sarapan apa tu?

Kononnya sarapan dulu sebab nak derma darah..

Friday, April 3, 2026

Berjaya Derma Darah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Semalam berjaya derma darah.. HB Sha cantik 12.8.. Lega rasanya.. Gigih tau makan jambu sambil memandu ke pejabat.. kikiki.. Sha turun ke tempat menderma darah jam 8.30 pagi.. Selesai jam 9 pagi.. Masa nak balik tu bertembung dengan bos, bos pun nak menderma juga tapi tak boleh sebab baru buat rawatan gigi.. Tak cukup 24 jam lagi.. Seronok bila berjaya menderma.. Cumanya kali ini hujung jari Sha lembam sikit.. Tak pastilah kenapa.. Selalu tu masa staf tu cucuk untuk ambil darah periksa HB, okay ja.. Kali ini sakit dan lebam.. Tempat cucuk darah tu elok ja.. Begitulah..

Selesai..

Antara makanan dan minuman yang diberikan selepas selesai menderma darah..

Thursday, October 23, 2025

Jom Derma Darah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Berjaya juga beranikan diri untuk menderma darah lagi.. Sebelum pergi Sha makan jambu dulu 2,3 hari.. Nak pastikan hb cantik.. Paginya sarapan nasi goreng dan minum air masak banyak sebelum ke tempat menderma darah.. Masa pemeriksaan hb, lega dengar bila jururawat cakap hb Sha cantik.. HB Sha 13.. Jadinya bolehlah menderma.. Soalan biasa yang akan ditanya selain ambil bacaan hb, tekanan darah ialah tidur pukul berapa, sarapan apa, ada ambil ubat tak.. Sha maklumkan Sha makan ubat kencing manis.. Sha bagi tangan kanan kali ini.. Lebam ambil darah untuk temujanji MOPD ada lagi.. Kita tambah satu lagi lebam.. kikiki..

Kalau korang berdekatan dengan Hospital Slim River, bolehlah datang menderma darah.. Darah yang sangat diperlukan ialah jenis B dan O.. 

Berjaya juga derma lagi..

Goodies bag dari Pusat Derma Darah

Isi dalam dia..

Friday, February 28, 2025

Akhirnya Cita-Cita Zaman Sekolah Tertunai

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awal Februari baru ini, ada makluman mengenai bekalan darah yang kurang di tempat Sha kerja ini.. Sha bukanlah berani sangat nak derma darah tapi memang bercita-cita nak derma darah.. Jadinya minggu lepas Sha pergilah dengan semangat walaupun takut.. Sekali tak berjaya sebab HB Sha rendah.. 12.2 sahaja, memang tak lepaslah.. Kalau nak derma darah HB paling kurang pun mesti 12.5..  Sister cadangkan makan sayuran hijau tapi Sha pula teringat masa mengandung dulu memang HB Sha rendah.. Sha amalkan makan jambu batu ja untuk cantikkan HB.. Jadinya dari minggu lepas sampailah hari ini Sha makan sekurang-kurangnya setengah biji jambu batu setiap hari.. Alhamdulillah, hari ini HB Sha 13.5.. Berjalah Sha buka buku merah dan menderma darah.. Seronok betul.. Sampaikan tangan lebam pun Sha okay ja.. kikiki.. Urat darah Sha memang susah nak jumpa dan sister tu kena tekan sikit tadi supaya urat tu duduk diam.. Jadinya bengkak lah sikit.. Sha okay ja sebab dah berjaya derma.. Balik karang kita tuam ja dengan ais.. InsyaAllah okaylah tu..

Ini mesej yang dikongsi dalam group whatsapp kerja Sha..

Yeah!! Dapat dah buku merahnya..

Siap dapat cawan..

Biskut dan air.. Goodies lepas menderma..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com