Sunday, April 5, 2026

Japan/US | The Super Mario Galaxy Movies (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam lepas sakan beraya, Imani ajak jalan-jalan dulu lepas gerak balik dari Cheras.. Jenuhlah tanya dia nak ke mana? Sudahnya Imani minta pergi AEON ja.. Encik suami ajak ke AEON Rawang ja mudah dan sehala untuk balik rumah.. Sampai AEON, Sha tanya anak-anak nak tengok wayang ke? Amani kata okay ja.. Buka aplikasi TGV ada cerita Mario.. Bila tanya Imani dia kata okay.. Kalau ikut Sha nak ajak tengok Mikael ja tapi karang ada yang tak tidur malam pula.. Jadinya jomlah tengok filem animasi ja.. 

Filem ini sambungan dari The Super Mario Bros. Movie (2023).. Syoklah layan.. Kali ini ada kakak Puteri Peach iaitu Puteri Rosalina yang diculik Bowser Jr. Bermulalah pengembaraan menyelamat mereka.. Awalnya Bowser macam nak jadi baik tapi bila Bowser jumpa Bowser Jr. eh!! Dia jadi jahat balik.. Akhirnya orang baik menang.. Comellah cerita dia.. Memang syok layan dengan anak-anak..

RM86 tapi dapat diskaun RM12 (tebus MovieMoney).. Jadinya bayar RM74 sahaja.. Kakak Amani bagi RM50 untuk tiket wayang.. Amani kata, hari tu adik dah belanja tengok Hoppers jadi kali ini kakak belanja lah pula..

Beli snack RM38.. Dua mandu dan 1 air.. Amani dan Imani nak mandu, ayahnya nak air ja.. Jadilah buat kunyah-kunyah.. Perut kenyang lagi makan di rumah berbuka..

Encik suami snap.. Cuba teka tangan siapa ini.. peneka paling tepat dan cepat akan dapat duit raya @ Zus raya.. Boleh pilih salah satu.. Tinggalkan komen anda di bahagian komen ya..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com