Friday, April 17, 2026

28 Syawal 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi boleh pula Sha terlewat bangun.. Sedar-sedar jam dah pukul 5.40 pagi.. Mujurlah anak-anak pagi ini tak bawa bekal sebab ada jamuan raya di sekolah.. Sha pun bercuti hari ini sebab ada jemputan ke sekolah untuk jamuan raya sebelah pagi dan mesyuarat AJK PIBG sebelah petang.. Memang penatlah seharian ini.. Malamnya sambung pula jamuan raya kuarters.. Pergh!! Melepek lepas tu..

Pagi sarapan dulu dengan encik suami.. Lama tak makan pagi di kedai ini.. 

Sha terima jemputan ke Jamuan Raya di sekolah Amani dan Imani sebab AJK PIBG.. Sha sempat makan laksa johor, cheese tart, air nescafe (dalam gambar) laksam, dadih dan buah oren.. Nak makan banyak, tak berapa nak lalu.. Kita jamah sikit-sikit buat rasa dan menghormati tuan rumah..

Terus ambil Amani dan Imani sekali.. Kebetulan kelas tambahan Amani dibatalkan tapi Amani kena sertai Bengkel Tips dan Teknik Menjawab Sains Komputer Tingkatan 4 melalui Google Meet jam 3 petang di rumah.. Sempatlah menyinggah Family Mart beli oden dan roti..

Pukul 2.30 petang Sha ke sekolah balik untuk Mesyuarat PIBG sesi 1/2026.. Panjang sebab mesyuarat pertama.. 5.30 petang baru habis.. Alhamdulillah hujan lebat petang tadi.. Malam ini sejuklah sikit..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com