Sunday, November 7, 2021

Impian Tercapai

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya.. Berjaya juga memenuhi keinginan untuk makan King Crab dan beberapa makanan laut yang lain.. Mengumpul dari awal tahun bawa ke bulan ini.. Sha buat pesanan di Speed Frozen Mart, Kampar.. Dekat dengan kami dan harga pun masih dalam budget.. Ini semua pengaruh rancangan makan-makan dan masak-masak dari Korea.. hahaha.. Lama dah aim nak cuba King Crab tu.. Bila tahu harga, mulalah menabung.. Sebab ketam tu mahal, lepasbtu campur makanan laut lain lagi.. Kenalah menabung, baru boleh merasa.. hehehe..

Sha ambil makanan laut ini pada 26.10.2921.. Ada Ketam raja, Tiram, Scalop dan Salmon.. Packing elok dalam bekas ais..

Scalop with cheese..

Selepas di Air frayer kan.. Sedap dan manis.. Rasa dia macam makan pizza..

Inilah dia King Crab yang di idam-idamkan.. hehehe.. Besar juga..

Bahagian belakang..
Ketam ni bila dah masak, rasanya kenyal.. Memang puas makan sebab isinya penuh.. Sha ikut cara memasak yang diberikan penjual.. Memang bestlah makan.. Sha ratah macam tu je.. Tak pandai nak buat masakan lain.. hehehe..

PERHATIAN & PERINGATAN
Nak rasa KING CRAB original boleh steam sekali dengan garam/perisa, serai, daun limau purut dan halia, untuk hilangkan bau hanyir. Sebelum masak, biar king crab cair dulu (jangan rendam dalam air), dan masak dalam 8-12minit sahaja. Jangan masak terlalu lama, untuk elakkan isinya kecut.

Lobster yang dah dikukus bersama 2 ketul tiram.. Rasa macam makan udang.. Cuma isinya lebih kenyal dan banyak.. Dekat bahagian sepit-sepit tu pun ada isi.. Tiram tu pun not bad rasa dia bila dikukus macam tu je..

4 lagi Sha bubuh Mozarella cheese, mentega dan bawang putih lepas tu masuk dalam air fryer.. 

Sedap juga bila masak macam ni.. Rasa dia lain sikitlah dari kukus cam tu je..

Ikan Salmon tu Sha bakar dalam air fryer je.. Sha bubuh garam, lada hitam dan mix herba je.. Sedap dan berbaloi sangat.. Paling best sebab tak ada tulang.. Memang sangat berbaloi.. 1kg dapat 5 potong ikan salmon tanpa tulang.. 2 potong ini pun cukup untuk 4 orang makan..

7 comments:

  1. Sedapnya...nak kena menabung jugaklah kalau macam ni😋. Kalau macam ni semua berapa ratus habis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM275 tanpa kos pos.. Kalau dia buat sale kombo, lagi murah pun dapat..

      Delete
  2. puas hati la dpt mkn camni..
    kena menabung jgk nmpknya nk merasa mknnan sedap.. hehe

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap. Memang kena menabung dululah kalau nak makan seafood macam king crab tu, kan.

    ReplyDelete
  4. bestnya..premium seafood..tak pernah lg makan king crab..

    ReplyDelete
  5. Nampak iklan set ni lalu lalang kat FB..dari seller lainlah. Memang kena menabung gak..

    ReplyDelete
  6. wow king crab...teringin entah bila dapat rasa almaklumle harga have have ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »