Shoplinks.Asia

Shoplinks.Asia


Simple Hijab

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Thursday, January 5, 2017

Amani dan Orentasi Darjah Satu

Assalammualaikum..
Hye semua..

31.12.2016 hari tu Amani ada orentasi untuk darjah satu.. Kemain teruja dia bila kata nak gi sekolah.. Sampai sekolah je jumpa kawan.. Teruslah dia dengan kengkawan..

Sha pula uruskan pendaftaran Amani.. Amani dah diletakkan di kelas 1 Kreatif.. Cuma masa sesi dalam kelas, Amani perlu buat ujian 3M.. Nak tengok Amani boleh membaca, mengira dan menulis je.. Lega Sha tak ada ujian pengasingan kelas mengikut kepandaian.. Bukan apa, Sha lagi suka bila mereka bercampur tanpa mengira tahap kepandaian.. Barulah saingan tu sihat.. Ini hanyalah pendapat Sha..

Mujurlah Sha datang berdua dengan encik suami.. Senang buat pembahagian kerja.. Encik Suami dengar taklimat manakala Sha pula pergi buat pembayaran buku tulis, lencana, baju sukan, tanda nama dan buku rekod Amani..

Lepas dapat buku teks, Amani dah boleh balik.. Sekejap sahaja.. 

Jom ke sekolah..

Lepas daftarkan Amani kat kelas 1 Kreatif, Amani disuruh berbaris untuk dibawa melawat sekolah..
Kemudian dibawa masuk ke kelas untuk ujian 3M..

Taklimat dari guru besar..

Taklimat dari Cikgu HEM..

Seronok betul Amani..
Kawan baik duk sebelah..
Dapat buku teks dah..

7 comments:

  1. Alhamdulillah, adik Amani dah masuk orientasi tahun 1 ya. Belajar rajin rajin kat sekolah ya 😃

    ReplyDelete
  2. Darjah 1 dah anak sha.. Moga jadi anak yg solehah..

    ReplyDelete
  3. pandai dia pakai tudung 2 lapis mcm tue..wani tak reti

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chit Chat

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI