Shoplinks.Asia

Shoplinks.Asia


Simple Hijab

Sunday, January 8, 2017

Tutorial Maggi Goreng Versi Sha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha nie.. maggi goreng pun nak buat tutorial..
melampau lah pula kan.. Hehehe..
Ala.. bolehlah ye.. Sebabnya versi Sha nie, meriah tau..
Boleh korang buat sarapan pagi nie..
Ini adalah bahan-bahan utama..
Sepeket Maggi Letup Goreng Kari Berasap
2 peket Maggi OatMee (Mi Goreng Perisa kari)
Udang
Telur
Bawang merah dan bawang putih
Sayur sawi bunga 
Cili giling 

Bawang2 tu Sha tumbuk
Sawi tu potong2lah ikut suka..

Didihkan air dan rebus Maggi dulu..

Dah lembut toskan air dia..

Maaflah ye.. Sha terlupa ambil gambar.. hehehe..
Panaskan kuali dan cairkan satu sudu mentega Adele or pakai minyak pun boleh je..
Kemudian tumisan bawang yang dan ditumbuk hingga naik bau.. Masukkan sesudu cili giling..

Masukkan udang.. kacau sekejap..

Masukkan telur yang dah didadarkan.. or pecahkan telur..
Kacau bagi sebati..

Batu masukkan sayur sawi..

Kemudian masukkan Maggi dan semua perencah..
Kacau bagi rata dan sebati..

Yeah!! Dan siap..
Meriahkan.. Hidangan ini cukup dimakan kami sekeluarga..
Amani siap makan dua kali.. hehehe

8 comments:

  1. Inovasi best ni.. hehe ni jenis rajin..kalau jenis malas..amik maggi rendam dah boleh makan huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. lama dah tak makan Maggi rendam.. sekarang kalau makan Maggi mesti nak masak.. paling Koman buh telur.. hehehe

      Delete
  2. Confirm sedap nie. Nanti nak cuba lah. Share lagi tau resepi2 yg mudah2 cmnie. Sgt membantu utk org mcm ana. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah.. hehehe..
      Alhamdulillah.. suka Sha dapat membantu kawan-kawan..

      Delete
  3. wowwwwww menarik lah...tetiba balik ni nak masak maggi berkhasiat cm ni

    ReplyDelete
  4. MV selalu juga masak mcm ni..sebab lagi sedap kan

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chit Chat

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI