Thursday, January 19, 2017

Bunga Terakhir oleh Fatrim Syah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini kita review novel yang sempoi tapi berat nie..
Tentang hubungan suami isteri, persahabatan dan kekeluargaan..
Berat?? Hurm.. Kena baca baru tau..

Sha suka novel nie..
Banyak yang boleh dipelajari dari novel ini..
Tentang hubungan suami isteri..
Kepercayaan dan juga kejujuran..
Bukan mudah membina hubungan suami isteri andai tiada restu keluarga..
Badai dan onak akan sentiasa melanda.. bagaiman kita menghadapinya...

Poligami juga merupakan sebahagian dari cerita ini..
Apa gunanya berkahwin kalau tidak ada rasa tanggungjawab dan adil..
bukan mudah membina bahagia.. Walau dengan izin..

Kisah kedua pula hubungan terjalin atas desakan keluarga..
Cinta hanya dari sebelah pihak sahaja..
Bukan mudah.. Terputus di tengah jalan..
Yang ini memang sedih..
sebab bahagia yang dicari, derita yang datang..

Namun jodoh tu milik Allah..
Bila sampai masanya, pasti memberikan kemanisan..
Itulah yang menjadi simbol bunga terakhir..

 
Baca pada 15.01.2017
Selesai pada 16.01.2017

13 comments:

  1. Ini mesti baca, pastu tak sabar nak tahu akhirnya, tu yang non-stop tu.

    ReplyDelete
  2. sinopsis nya macam best ja..da setahun sy ni x beli novel baru huhu mood membaca tu kelaut.. nak paksa pun x boleh :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum ada yang menarik hati lah tu.. Sha pun lama gak stop membaca..

      Delete
  3. owh, tajuk novel rupanya.. ingatkan dapat bunga betul2.. hehehehe

    ReplyDelete
  4. Hakak tak suka layan novel Sya sejak dah tua tua ni hihi....
    Wahhhh khatam satu hari je tu nampaknya! Ni mmg betul betul best ni!

    ReplyDelete
  5. sinopsis tu mcm best tu kak sha. hehe

    ReplyDelete
  6. Memang novel kategori yg memberi byk bermanfaat.

    ReplyDelete
  7. MV suka dia punya cover novel sha....tjuk pun best

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com