Thursday, January 26, 2017

Rawatan di Bomoh Patah Batu Gajah, Perak

Assalammualaikum..
Hye semua..

Sha jatuh motor last week..
Pastu lutut Sha cam problem..
Kaki tak boleh nak tegak dan bengkok..
Usaha yang ketiga Sha dalam nak memulihkan semula kaki ialah ke Bomoh Patah nie..
Sebenarnya bukanlah bomoh, tapi Tabib Cina..
Punyalah ramai orang.. 
Ada juga yang macam Sha..

Tapi memang berbilang kaum..
Cina, Melayu dan India.. Muhibbah okay..
Sha sampai da nak dekat pukul 11..
Jadinya lambatlah giliran Sha..
No 50 tau.. Sabar menunggu.. Gitu..
Kebetulan hujan pula.. Sejuk wei..
Kaki yang sakit pun rasa makin sakit..

Sha pergi hari Selasa (24.01.2017)
Sampai jam 10.44pagi...
Nombor giliran Sha dipanggil pada jam 11.12pagi..
Rawatan untuk Sha selesai jam 11.20pagi..

Tabib tu tengok je dia cakap..
Ini masalah sendi...
Kena luruskan kaki.. Bengkok-bengkok..
Kalau tak nanti tak boleh cangkung..
Lepas tu kaki akan cacat bila jalan..
Lutut tu akan timbul.. 
Ngeri tau bila dengar dia cakap..

Dia dah cakap dan terang apa masalah dan apa yang Sha perlu buat, pembantu dia datang tampal ubat..
Bau ubat dia.... 
Pergh!!! Memang menusuk ke hidung...
Hahahaha.. Nak baik, kena tahanlah..

Dengan izin Allah, lepas je dia bubuh ubat tu Sha dah boleh jalan sendiri..
Tak payah paut-paut encik suami..
Lutut pun kurang sakit dari sebelum tu..
Alhamdulillah.. dengan izin Allah..
Jumaat kena pergi balik untuk buka balutan ubat tu..

Mandi tak boleh bagi balutan tu kena air..
Nampak gayanya mandi ala kadar je lah..
Takpe.. Takpe.. Nak baik kan..
Kenalah berkorban sedikit..
Bayaran?? Sha kena RM43.00

Usaha.. Usaha.. Usaha..
Dengan izin Allah, sembuhlah nanti..

 
tu lah tabib yang mengubat..
Yang perempuan tu, asisstant dia..



 
Alamat dan no fon

 
Alamat..

12 comments:

  1. Laa akak jatuh ke....alhamdulillah stelah berikhitiar elok jga ya..

    ReplyDelete
  2. Lahai.. Moga dipermudahkan buat sha dan cepat sembuh ye.. Aduiii ngeriinyee rasa..

    ReplyDelete
  3. berbaloi lah rm43.00 at least ada perubahan dan kurang sakit

    ReplyDelete
  4. Boleh x kak sha bagi alamat atau no telefon tabib ni.. sebab saya pun ada masalah yang sama.. dh dua tahun dh tanggung sakit.. lutug x boleh cangkung.. barh tah pasal tabib ni. Saya betul tengah usaha nk ikhtihar hilang sakit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat atas ada saya bubuh gambar alamat dan no fon tabib ini..

      Delete
    2. Hiii.. Ada jumpa tabib ke.. Mcm mnr kaki skrg

      Delete
    3. saya dah tak dapatkan rawatan tabib tu.. Lutut ada masanya masih sakit.. Selepas rawatan dengan tabib tu saya jalani fisioterapi di Klinik Kerajaan..

      Delete
  5. Hii.. Dlm tempoh 2 tahun ni.. Mcm mnr ye keadaan lutut.. Dh fully ok ke..

    ReplyDelete
  6. fully okay tu taklah.. tapi dah boleh bengkok.. sesekali tu sakitlah juga..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com