Assalamualaikum..
Hye semua..
Sha baru lepas baca entry bertajuk Door Gift Kenduri - Dulu vs. Sekarang di blog Carneyz pada hari Jumaat kelmarin.. Semalam dah dapat door gift sebutir telur rebus.. hehehe.. Memang teruja sangatlah bila dapat telur rebus ini.. Tambahan pula diletakkan dalam bekas kait yang comel.. Owh ya, Sha dapat ini bukan di kenduri kahwin tau.. Sebaliknya kenduri doa selamat dan tahlil.. Macam yang Carneyz kongsikan di entry beliau, sekarang ini semua majlis nak ada door gift.. Sha dapat telur ini pun masa kali kedua datang.. Kali pertama datang dengan anak-anak je sebab encik suami kerja.. Encik suami balik kerja, dia minta Sha teman untuk ke kenduri ini.. Kami datang kali kedua ini, orang tengah kemas-kemas.. Sha dapat telur ini masa nak balik.. Sha je lah yang dapat, encik suami tak dapat.. hehehe..
Comelkan..
Telur rebus tu kita makan dengan kicap dan sedikit lada sulah..
Wah rare sangat ni, doorgift telur rebus zaman skrg. Comel bekas kait tu :)
ReplyDeleteJarang dah kenduri bagi telur sekarang ni. Lagi2 stok telur payah nak dapat.
ReplyDeleteTelur dan kicap tu legend huhu.. Teringatt zaman asrama :p
ReplyDeleteEhhhhh comel betul! mmg sesuai la buat doorgift hehe.
ReplyDeletejemput singgah blog saya ya jika berkelapangan :)
so cute....
ReplyDeleteorg skrg bkn x nk buat sha. tp nak mengait mcm ni perghhh mkn ms. kalau utk 100 bekas ok lg. kalu 1000? mau pengsan berkali2😂
ReplyDelete