Assalamualaikum..
Hye semua..
Awal baca bulu ini je dah boleh buat Sha tercangkuk untuk terus membaca cuma jadi lambat sebab terpesona pada perkara lain.. hehehe.. Buku ini mengisahkan tentang Jack Steen yang berkerja sebagai misi di hospital gila.. Jack ini jaga pesakit yang memang pasti akan mati cuma sebelum mereka mati, mereka akan sampaikan rahsia yang dunia tak tahu.. Pesakit dia pula boleh dikatakan semuanya penjenayah.. Dihantar ke wad dia kerana hayat dah tak lama.. Selepas pengakuan, mereka mati.. Pengakuan yang dikongsikan memang sangat peribadi..
Buku pertama ini menyampaikan pengakuan yang memberikan kesan yang mendalam pada Jack.. Ada 4 pesakit kesemuanya dan setiap satu, mampu membuatkan kau termenung selepas habis baca.. Ada penjenayah yang bermula sebagai mangsa namun kemudiannya terpaksa menjadi penjenyah kerana tidak mampu lagi terus menjadi mangsa.. Ada juga yang menjadi penjenayah kerana kehilangan dan dibesarkan dengan cara yang salah.. Kegelapan tu memang dah berada dalam diri dan akhirnya muncul menguasai namun dengan alasan yang tak disangka..
Sha baca pada 02.03.2023 dan selesai pada 12.03.2023..
Published by August 15, 2020
Uishhhh best jln citenya
ReplyDeletemcm sedih pulak sbb semuanya hidup tak lama
ReplyDelete