Monday, March 27, 2023

Malaysia | Nenek Bongkok Tiga (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Teruja okay nak tengok drama ini.. Hun Haqeem dalam drama ini nampak lain sangat.. 8 orang yang terperangkap di dunia lain.. Sedar-sedar je dah ada dalam kurungan.. Setiap mereka membawa dosa yang tiada siapa pun tahu.. Episod 1 & 2 mendedahkan sedikit demi sedikit setiap kesalahan mereka dan 2 dari mereka hilang dan mati.. Ketika mereka bertemu dengan pasukan penyelamat, tiada siapa pun yang nampak mereka.. Bila sambung tengok sampai episod 6, Ada pula lagu legend zaman kanak-kanak.. Dengar Nenek menyanyi lagu tu, ngeri dan seram.. Hahaha.. Ada lagi 4 episod nak tengok.. Sha tonton atas talian je, dekat Viu..

Nenek Bongkok Tiga
Episod: 10
Tarikh Tayangan di Viu: 9 Februari 2023
Skrip: Azhar Amirulhisyam
Pengarah: Yusry Abdul Halim
Produksi: Independent Pictures Sdn Bhd
Lagu OST: Selamanya Kita - Altimet & Kungfu Heidi

Sinopsis Nenek Bongkok Tiga
Apabila lapan orang terjaga di dalam sebuah rumah agam yang dihuni seorang nenek bongkok tua. Tidak lama kemudian, mereka mula sedar yang mereka telah menjadi tebusan, bukan sahaja di dalam rumah tersebut dan hutan kelilingnya, tetapi juga berada di dalam dimensi yang tidak dikenali. Dengan ancaman jahat yang semakin bahaya, kelapan-lapan tebusan tersebut terpaksa memenangi siri permainan yang dicipta oleh nenek dengan harapan mereka dapat kembali ke kehidupan sebelumnya suatu hari nanti.

4 comments:

  1. mcm menariks jugak cita ni. pelakon pun best2.. tapi tu la.. x langgan plak viu.. tunggu la, mana tau masuk netflix plak ke

    ReplyDelete
  2. Hun Haqeem tu sekarang berlakon makin best je. Padahal masa dia berlakun dgn jannah nick tu lama dah boleh tak perasan dia. Sekali bila berlakon dalam kampung people baru perasan dia

    ReplyDelete
  3. teringin gak nak tengok, tapi tulah takde Viu. huhu

    ReplyDelete
  4. bila tgk siapa pengarahnya... hmmm.patut laaa👍👍

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com