Friday, August 24, 2018

Pengorbanan AidilAdha 2018

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tahun ini buat pertama kalinya Sha beraya di kuarters sahaja.. Tak balik kampung MIL mahupun keluarga Sha.. Sebabnya MIL Sha sekarang duduk dengan Sha.. MIL dah tak larat dan beliau dah berkerusi roda.. Makanya encik suami yang menguruskan MIL dan MIL lebih selesa duduk dengan kami berbanding dengan adik-adik encik suami walaupun rumah Sha di tingkat dua.. 

Perasaan tak balik ke kampung tu susah nak diungkapkan.. Sayunya tak dapat diungkapkan.. Namun air mata tak menitis dipagi raya sebaliknya menitis saat takbir raya pertama Sha dengar dalam kereta lepas pulang dari membeli ayam untuk masak di pagi raya.. Disebabkan tak balik beraya dan Sha masil lagi berkerja pada hari Rabu, maka kami merancang menu yang mudah dan ringkas sahaja.. Sha masak meehoon sup dengan menggunakan apa yang dapat je di Pasaraya TF Value Mart.. Ayam Sha beli seekor dan dipotong kecil, meehoon sebungkus, taugeh dan tauhu.. Kemudian encik suami cadangkan untuk beli ketulan peha ayam untuk diperap buat goreng dan bakar.. 

Tetamu yang datang pun hanya adik-adik encik suami dan keluarga pengasuh Amani dan Imani.. Selebihnya kami yang makan.. Kikiki..

Pengorbanan untuk tahun ini dan mungkin juga tahun akan datang.. Apapun setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Pagi raya sempat telefon abah bertanya khabar.. Kawan-kawan pula beraya di mana?


17 comments:

  1. saya pun tk balik kpg, cuti sehari je..besar pengorbanan Sha & famili, menjaga MIL..ibubapa tiada gantinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu awak.. Tiada gantinya ibu dan ayah.. Sementara ada ini memang kena berbakti supaya bila dah tak ada, taklah ralat..

      Delete
  2. beraya bersama ibu dan ayah di rumah. Alhamdulillah. salam Aidiladha sis

    ReplyDelete
  3. beraya kt kampung gombak je..tk blk kampung klate...lgpn cuti sehari je..mmg raya haji org kata kt klate meriah tp bila arwah atok xde dh mmg tk blk dh ..dlu arwah atok slh sorang tukang sembelih lembu....so lps2 tu mmg raya kl je la..wat korban kt gombak

    ReplyDelete
  4. salam aidiladha kaksha :) kat tempat sha hujan hari raya huhuhuhu duk rumah je la

    ReplyDelete
  5. Ana macam biasa kat KL je haa. Orang takde kampung lah kata kan. Hehe. Takpe Sha. Besar pengorbanan Sha jaga mak mertua. InsyaAllah pasti ada ganjarannya.

    ReplyDelete
  6. Salam Aidiladha sis.. Safiena pun tak balik kampung suami

    ReplyDelete
  7. sha menjaga MIL la ye. alhamdulillah.
    berkorban utk syurga, sha. in shaa Allah.

    aida balik kg both sides mcm biasa.
    kebetulan kampung kami dedekat aje.

    ReplyDelete
  8. saya beraya di rumah jela....hahaha tak balik kampung belah ayah...

    ReplyDelete
  9. tak pe..

    setiap kehidupan ada pahit dan manisnya..

    kalau manis je..

    nanti kena kencing la pulak..

    Salam Aidiladha

    ReplyDelete
  10. Salam Aidiladha Kak Sha. Pengorbanan akak menjaga MIL dan dalam masa sama tak balik kg, inshaAllah, di 'kira' Allah. Sodap tu ayam bakar hihi

    ReplyDelete
  11. Dulu masa ejulz kerja tmpt jauh dari kampung mmg x dpt bayang x balik beraya. tp ejulz biasa balik raya aidilfitri je. raya haji biasa mmg x balik :(

    ReplyDelete
  12. sama la akak pun x balik kampung husband..lagipun nak memasak untuk mak kan..

    ReplyDelete
  13. tak beraya jugak, duduk rumah layan movie

    ReplyDelete
  14. raya aritu mama x sihat... syukur sy amik cuti pnjg...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »