Jodoh Sebelah Pintu oleh Dekna Lee - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Thursday, August 2, 2018

Jodoh Sebelah Pintu oleh Dekna Lee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Weekand je memang Sha relaks dengan membaca novel dan menonton drama Korea.. Nak release tension kononnya.. kikiki.. Blog pun tak sempat nak update sebab sebok membaca, menonton drama dan melayan kerenah anak-anak.. Ini novel ke 3 Sha berjaya weekand hari itu..

Ini buku kedua penulis ini Sha baca secara berturut.. Walaupun ada part Sha kurang berkenan dengan gaya penulis ini namun tak mencacatkan keseluruhan cerita.. Buku yang ini dari awal Sha dah bergelak ketawa.. Sha suka buku yang mampu memberikan emosi gembira macam ini.. Penulis sangat bersahaja dalam menyampaikan kegembiraan itu..

 Mona/Aira dua panggilan untuk seorang perempuan.. Berjodoh dengan lelaki sebelah rumah.. Namun Aira langsung tak tahu.. Badrul/Alang lelaki yang dijodohkan dengan Aira.. Mula-mula perkenalan Badrul pun tak tahu yang Aira tu jodohnya.. Jadi disakatnya Aira dengan panggilan Kak Fashionista.. Kikiki.. Pantang jumpa, ada je perkara yang nak diusik.. Bila dah tahu Aira tu bakal tunang, maka dicubanya untuk berbaik.. Yang pasti mereka memang serasi bersama.. Novel ini ringan je.. Konflik pun dah hujung-hujung novel.. Adalah gangguan dari orang ketiga dan keempat serta kerja Bad.. Namun yang lain memang mampu buat pembaca seperti Sha bahagia bergelak ketawa..

Kalau tak silap Sha novel ini dah diadaptasi jadi drama dan pelakonnya Emma Maembong dan Kamal Adli.. Tapi siaran drama ni di Channel HyypSensasi tahun 2015.. Sebab tu macam tak popular je.. Ke Sha yang tak tahu.. 

Sha baca pada 29.07.2018 dan selesai pada 30.07.2018..

(ebook - PNM e-Reader)

6 comments:

  1. tajuk novel ni xsilap pernh kuar drama kt tv adaptasi dr novel

    ReplyDelete
  2. menarik novel ni tapi sebb malas nak baca nk try cari drama dia la

    ReplyDelete
  3. selalu baca novel terus skip tengok ending hehe

    ReplyDelete
  4. Cerita dah tengok, novelnya belum baca lagi 😊

    ReplyDelete
  5. rasanya ada nampak iklan drama ni tapi tak layan pun sebab tak suka emma maembong berlakon haha

    ReplyDelete
  6. sy crje laa dramanya nnt kalau baca nnt kelaut dlm😆

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..