Wednesday, December 11, 2019

Resepi | Cendawan Sisir Goreng

Assalamualaikum..
Hye semua..

Belinya dah lama cendawan sisir ini, tapi tersimpan je dalam peti ais.. Kelmarin, gagahkan jugalah masak.. Saja masak tumis.. Asyik buat gulai lemak je kan.. Nak buat rendang macam leceh je, lepas tu kerang pun dah kena ratah dengan Imani.. hehehe.. Kita buat tumis je la, senang pun senang.. Bahan pun tak banyak


Resepi Cendawan Sisir Goreng
Bahan-bahannya
1 mangkuk cendawan sisir (direndam dan dibasuh untuk buang pasir)
1 biji cili merah (dihiris)
1 biji bawang merah (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
sedikit ikan bilis (ditumbuk kasar) / kiub ikan bilis

Cara memasak
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak untuk menumis.
2. Tumiskan hirisan bawang putih, bawang merah dan cili merah sehingga naik bau dan layu.
3. Kemudian masukkan cendawan sisir tadi bersama ikan bilis/kiub ikan bilis dan sedikit air.. Biarkan sehingga cendawan lembut.. Dah siap.. Bolehlah makan bersama nasi..

12 comments:

  1. Cendawan sisir nie family saya biasa buat masak cili api je tak pun goreng kunyit , sedap gak .

    ReplyDelete
  2. Akak pun suka tumis macam ni...sedap...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya lama tak makan cendawan sisir.

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam. waaaaaaaaaa rindu nya nak makan lagi. sedap yakmat. hehe

    ReplyDelete
  5. dana pun suke masak goreng gini je, kalau banyak baru masak lemak cili api

    ReplyDelete
  6. cendawan ni selalu saya buat goreng tepung je..hehe

    ReplyDelete
  7. buat rendang? rare betul..saya tau rendang daging dengan ayam je.

    ReplyDelete
  8. Sedapnya cendawan sisir. masak pedas² dan makan dengan nasi panas memang terbaik

    ReplyDelete
  9. boleh digoreng gak ye. aritu nampak gak kat pasar malam..tp ammi pikir apalah ammi nak buat dengan cendawan ni. tak reti.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »