Thursday, December 19, 2019

Nasi Goreng Sambal Hitam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila tak ada idea dan Sha nak cepat, memang Sha masak cara ini.. Kebetulan ada sambal hitam ini kat rumah.. Selain makan macam tu je, sambal hitam ini boleh dijadikan rencah nasi goreng.. Sambal ini dah ada cili, ikan bilis dan bawang.. Memudahkan kerja mak-mak yang nak cepat.. hehehe..

Bahan utama yang menyedapkan nasi goreng Sha..

Nasi Goreng Sambal Hitam
Bahan-bahannya:-
2 sudu sambal hitam (nak pedas, masuk lebih)
Setengah biji lobak merah yang dihiris
2 biji telur
Sedikit udang
Nasi
2 sudu planta Adele untuk menumis

Cara Memasak:-
1. Cairkan planta Adele di dalam kuali yang dah dipanaskan.
2. Masukkan lobak merah dan kacau seketika.
3. Kemudian masukkan udang dan biarkan 3 suku masak..
4. Masukkan sambal hitam tadi dan kacau biar sekata.
5. Pecahkan telur dan kacau rata bagi telur hancur.
6. Akhir sekali masukkan nasi dan kacau sebati semua bahan.. Boleh tambahkan garam sekiranya tak cukup masin.. Sha memang tak tambah garam dah..

Siap nasi goreng sambal hitam.. Tak hitam sangat sebab Sha tak bubuh banyak sambalnya.. Tak tahan pedas.. Tapi rasanya sedap sebab sambal sedia ada.. hehehe.. Selamat mencuba..

Sambal tu boleh je guna apa-apa jenama pun.. Janji sambal ready made.. 

15 comments:

  1. telan air liur sha tengok nasi goreng ni haha

    ReplyDelete
  2. senang dan pantas, yg penting sedap..hehe

    ReplyDelete
  3. blh la try, tak pernah terfikir nak buat mcm ni

    ReplyDelete
  4. Saya peminat setia sambal hitam. Selalunya makan dengan nasi putih je. Tak pernah lagi guna untuk masak nasi goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sha jarang makan sambal hitam ini sebab pedas.. tapi memang suka guna untuk buat nasi goreng..

      Delete
  5. Nampak menarik ni..boleh cuba nanti...

    ReplyDelete
  6. oh bole buat rencah juga ye..slalu mkn sambal hitam ngan nasi panas2

    ReplyDelete
  7. sambal hitam memang sedap tapi akak tak pernah cuba pula buat nasi goreng sambal hitam nampak menarik tu

    ReplyDelete
  8. tq sha for sharing.
    tak terfikir nak campurkan sambal itam ni ekk.
    ada je 2 bekas kat rumah tu. tak berusik!

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »