Tuesday, September 6, 2022

Shopee | Hydraulic Transfer Chair

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha nak berkongsi dengan semua mengenai peralatan yang boleh membantu mereka yang menguruskan pesakit yang tak boleh berjalan.. Sha pun baru tahu kerusi ini ada jual.. Encik suami yang jumpa dan beli.. Kerusi ini untuk memudahkan kami menguruskan MIL yang tak boleh berjalan dan bergerak.. Sebelum ini MIL masih lagi boleh bergerak sendiri walaupun menggunakan kerusi roda tapi 3 minggu yang lepas MIL jatuh dan terus tak boleh bergerak sendiri.. Bila encik suami pun dah tak boleh nak mengangkat MIL, tu yang cari peralatan bagi memudahkan urusan.. Terjumpa kerusi ini dekat Shopee.. Kami yang pertama beli dan ulas.. Memang encik suami tawakal je masa beli sebab kedai ini jual produk lain juga dan ada yang beli cuma kerusi ini je belum ada sebarang jual beli dan ulasan..

Kerusi ini encik suami beli semalam jam 10 pagi dan hari ini jam 11 pagi kami dah terima.. Memang pantas dan cepat.. Ada banyak pilihan sebenarnya kerusi ini tapi encik suami beli yang ini sebab nampak mudah nak digunakan.. Maaf ye, tak ada video untuk Sha kongsikan pada anda semua.. 

Apa yang Sha boleh bagi tahu, kerusi ini memudahkan urusan angkat dan pindah pesakit untuk urusan bergerak, mandi atau buang air..

Product Name: Hydraulic Transfer Chair
Function: Transfer Patient from Bed to Chair
Usage: Home, Hospital, Nursing Home
Seat Width: 46 cm
Feature: Hydraulic Control
Capacity: 100 KG
New Weight: 32 KG
Adjust Height: 44-70cm
Brake Type: Foot Brake

4 comments:

  1. Terima kasih share pasal alatan ni. Tak pernah tahu kewujudannya.
    Semoga Allah permudahkan urusan penjagaan MIL Sha.

    ReplyDelete
  2. Sekarang memacam dan mudah nak jumpa barang dijual secara online kan kak... memudahkan urusan jugak....pantas betul ya

    ReplyDelete
  3. kalau ada yang boleh memudahkan urusan...apa saja untukmu bonda

    ReplyDelete
  4. Terima kasih share Sha. Semoga dipermudahkan urusan menjaga MIL

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »